Tuesday, 29 January 2013

Warna-warni Hyundai i10

Comel. Itu yang boleh digambarkan tentang Hyundai i10 edisi terhad yang baru saja diperkenalkan akhir Januari lalu.

Tambah menarik lagi apabila ia didatangkan dengan warna-warna ceria yang pastinya mampu menarik perhatian golongan muda khususnya wanita. Menawarkan tujuh warna bagi kerangka iaitu Lavender Pink, Passion Purple, Tangy Orange, Aquamarine Blue, Peach White, Ice Silver dan Carbon Grey.

Hyundai i10 edisi terhad ini didatang dengan dengan dua varian enjin iaitu 1.1 liter dan 1.25 liter. Turut disuntik sedikit penambah baikan bagi rekaan dalaman supaya nampak lebih sporty. Antaranya kerusi yang dibaluti dengan kulit daripada dua tona warna dengan kekemasan yang menarik. Selain daripada itu, stereng turut dibaluti dengan material kulit bermutu tinggi. Namun penambah baikan rekaan dalaman ini hanya melibatkan varian 1.25 liter sahaja.

Untuk tujuan keselamatan, Hyundai i10 turut dipadankan dengan dram brek bahagian belakang bersaiz 8 inci berbanding model terdahulu hanya 7 inci. Juga dipasangkan dengan tali pinggang di tengah untuk penumpang di belakang dengan Emergency Locking Retractor (ELR) menggantikan tali pinggang statik.
Hyundai i10 edisi terhad ini ditawarkan dengan harga RM51,388.00 untuk varian 1.1 liter. Manakala bagi varian 1.25 liter berharga RM56,000.00. 

Passion Purple Yang Menawan

Aquamarine Blue sejuk mata memandang

Rekaan dalaman yang sporty

Rekaan luaran yang ringkas

No comments:

Post a Comment