Monday, 7 January 2013

Haval Kembali Berentap Dalam 2013 Dakar Rally





Buat kali keempat, Great Wall Motors (GWM) iaitu syarikat pengeluar kenderaan No.1 di China telah mengambil keputusan untuk terus menghantar Haval Dakar Team ke 2013 Dakar Rally.

  Berlangsung di Amerika Selatan, Haval Dakar Team memilih untuk menggunakan Haval Dakar Racecar generasi ketiga. 
Dengan menggunakan platform Haval SUV, bahagian teknikal dan kejuruteraan pasukan ini telah banyak melakukan penambahbaikan terutamanya daripada segi fungsi kerangka dan struktur jentera yang digunakan untuk perlumbaan kali ini.

  Sebelum bertarung di litar perlumbaan sebenar, jentera ini telah diuji sepenuhnya di beberapa buah lokasi, termasuk di Morocco, Peru dan Perancis.
Malah pasukan ini turut sepakat untuk meneruskan perkhidmatan Zhou Yong dan Carlos Sausa sebagai pelumba utama.

  Tahun lalu, gandingan mantap antara Yong dan Sausa berjaya menamatkan keseluruhan pusingan bagi Dakar Rally 2012. Di mana ia merupakan satu kejayaan terbesar buat pasukan ini dan pastinya bakal menyemarakkan lagi semangat mereka untuk memburu lebih banyak kejayaan.

  Perlumbaan 2013 Dakar Rally bagi edisi ke 35 ini telah pun bermula pada 5 Januari lalu dan dijangkakan bakal tamat pada 20 Januari ini. 



No comments:

Post a Comment