Friday, 11 January 2013

BMW X3 xDrive20i Kini Dipasang Di Malaysia


BMW X3 xDrive20i tampak gagah bergaya


SUKU pertama 2013 merupakan masa yang tepat buat BMW Group Malaysia untuk memperkenalkan model terbaru, BMW X3 xDrive20i versi CKD untuk pasaran Malaysia. Ia dipasang di kilang pemasangan milik BMW Group Malaysia yang terletak di Kulim, Kedah.

  Menurut Ketua Pegawai Operasi BMW Group Malaysia, Dr.Gerhard Pils, BMW X3 xDrive20 merupakan model keempat yang dipasang secara CKD sebagai bukti komitmen dan pelaburan di negara ini.


  BMW X3 xDrive20 yang dikategorikan di bawah segmen Sport Activity Vehicle (SAV) ini dijual pada harga RM323,800 untuk versi CKD, kurang RM35,000 berbanding model unit CBU.


  Dengan enjin turbocharged 2.0 liter, BMW X3 xDrive20 mampu menghamburkan kuasa sehingga 184hp dengan terjahan kilasan 270Nm.  Malah mampu mencapai kelajuan maksimum dari titik pegun sehingga 100 kilometer sejam (km/j) hanya dengan 8.6 saat sahaja.


  Transmisi automatik dengan lapan kelajuan, SAV ini turut dikatakan mampu memberikan penjimatan bahan api yang memuaskan iaitu sekitar 7.5 liter bagi setiap 100 kilometer.



Pandangan belakang yang turut memiliki gaya sportif


Pastinya memberikan kepuasan dan keselesaan

Papan pemuka yang ringkas tetapi bersifat mesra pengguna

Panel meter

Enjin turbocharged







No comments:

Post a Comment