Wednesday, 9 January 2013

Lotus Buka Pusat Pameran Pertama Di Malaysia


Rasmi Pusat Pameran Lotus di Malaysia


LOTUS Cars Malaysia akhirnya membuat keputusan untuk membuka pusat pameran yang pertama di Malaysia.

  Dengan memilih lokasi strategik iaitu di Sungai Penchala, Kuala Lumpur, Lotus turus melancarkan antara dua model terbaru mereka iaitu Exige S dan Elise S untuk pasaran Malaysia.

  Majlis perasmian penuh meriah ini telah disempurnakan oleh penasihat PROTON iaitu Yang Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad, dengan diiringi oleh Dato' Sri Haji Mohd Khamil Jamil selaku Pengerusi Eksekutif PROTON.

  Dengan keluasan 1,060 meter persegi, pusat pameran ini akan menempatkan barisan model baru dan terpakai dari jenama Lotus. Malah turut dijual barangan cenderahati eksklusif Lotus khas buat para pengemar jenama ini.

  Malah Lotus turut menempatkan Pusat Servis Lotus yang menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan dan membaik pulih bagi kenderaan pelanggan mereka di Malaysia. Ia mampu menyelenggarakan sejumlah 20 buah kenderaan sehari.

  Khamil berkata, ketika DRB-HICOM mengambil alih PROTON dan semua anak syarikat dibawahnya termasuklah Lotus mahukan jenama ini terus berkembang pesat.

  "Komitmen kami terhadap jenama ini sangat tinggi. Pembukaan Pusat Pameran Lotus pertama di Malaysia ini adalah sebagai bukti semangat dan keazaman kami untuk melihat Lotus terus cemerlang," katanya.



Lotus kebanggaan Malaysia


No comments:

Post a Comment