Saturday, 19 January 2013

Imej Baru Volvo XC90 T5 Eksekutif


Kenderaan SUV yang boleh dianggap sebagai legenda di kalangan keluarga Volvo iaitu model Volvo CX90, kini telah dipertingkatkan rupa dan prestasinya untuk versi 2013.

  Bagi versi Eksekutif ini, rekaan yang penuh estetika dengan pertambahan elemen berunsur kemewahan menjadi pertaruhan. Antara yang paling menonjol ialah penggunaan material kulit lembut yang membaluti permukaan kabin termasuklah kerusi dengan kekemasan yang lebih teliti.

  Untuk rekaan luaran pula, lampu LED, bar pada bampar hadapan serba baru, rim aloi Galateia bersaiz 19 inci serta bingkai krom pada cermin kedua-dua belah sisi membuatkan model ini lebih terserlah kemewahannya.

  Untuk hiburan, Volvo XC90 T5 Eksekutif ini turut dilengkapi dengan sistem bunyi dan pembesar suara yang berkualiti tinggi.

  Dengan enjin 2.5 liter pengecas turbo, model ini mampu menghamburkan sejumlah kuasa maksimum sehingga 210hp pada takat 5,000rpm. Malah jentera ini turut dilengkapi dengan pertambahan sistem bagi meningkatkan prestasi dan keselamatan iaitu Dynamic Stability and Traction Control (DSTC), Roll Stability Control (RSC), Rollover Protection System (ROPS), WHIPS (Whiplash Protection System) dan SIPS (Side Impact Protection System).

  Didatangkan dengan empat varian warna iaitu Ice White, Ember Black, Electric Silver dan Twilight Bronze, Volvo XC90 T5 Eksekutif ini telah berada di pasaran Malaysia pada harga RM368,888 (harga atas jalan, tidak termasuk insurans). 

Rekaan interior menyerlahkan kemewahan








No comments:

Post a Comment