Sejak berada di pasaran pada Februari 2012, kenderaan kompak hibrid, Toyota Prius C begitu mendapat sambutan yang menggalakkan. Lebih 4,000 buah unit telah dijual dan ini memberikan petanda bahawa kenderaan hibrid semakin menjadi pilihan.
Memasuki tahun 2013, Toyota telah memperkenalkan varian terbaru Prius C iaitu Prius C TRD Sportivo. Model ini telah diberikan nafas baru dengan kit badan dari Toyota Racing Development (TRD) yang merangkumi Spoiler bampar hadapan dengan LED daytime running light,skirt sisi,spoiler bampar belakang,serta emblem khas TRD Sportivo.
Spesifikasi mekanikal model ini masih sama dengan Prius C dan ia telah dikuasakan oleh Toyota Hybrid Synergy Drive. Dengan enjin petrol 1.5 liter yang dijanakan motor elektrik dan Electronically Controlled Continuously Variable Transmission (E-CVT).
Terdapat dalam empat varian warna iaitu Lime White Pearl CS, Black Mica, Silver Metallic dan Super Red V, Toyota Prius C TRD Sportivo ini dijual pada harga RM103,990.00 seunit.
![]() |
Toyota Prius C TRD Sportivo |
No comments:
Post a Comment