Tuesday, 29 January 2013

Honda Accord Generasi Terbaru

KENDERAAN segmen D pasti akan lebih meriah dengan kehadiran beberapa baru yang bakal dilancar pada tahun ini.

  Kunjungan ke Asia Tengah baru-baru ini ternyata industri automotif mereka lebih hangat berbanding negara kita.

  Sepanjang beberapa hari berada di sana, admin ada membelek surat khabar tempatan mereka dan mendapati model Honda Accord generasi sudah dilancarkan di negara berkenaan.

  Secara pandangan kasarnya, Honda Accord terbaru itu kelihatan sangat eksklusif dengan menerap bentuk coupe.

  Perubahan paling ketara perubahan pada jentera itu adalah lampu hadapan dipadankan LED dan lampu belakang yang kelihatan sedikit tajam.

  Paling mengujakan admin, model berkenaan mempunyai dua varian iaitu Sedan dan Coupe.

  Kehadiran Coupe itu tampak sangat sporty apabila dilengkapi pintu dua, manakala Sedan dengan empat pintu.

  Diharapkan Honda Accord generasi terbaru bakal menjengah pasaran negara ini tidak lama lagi.

  Marilah kita menunggu ketibaannya kelak.

Honda Accord Terbaru

No comments:

Post a Comment