Thursday, 31 January 2013

Kia Rio Baru Dilancarkan

KIA Rio yang sudah memenangi pelbagai anugerah di peringkat global akhir tiba untuk pasaran Malaysia.

Kenderaan segmen B itu kelihatan dengan wajah segar, tetapi masih menerapkan konsep 'hidung harimau' seperti model-model Kia yang lain.

Sesuai dengan kecanggihan jentera buatan Korea itu, ia dilengkapi pelbagai teknologi canggih berbanding model satu segmen dengannya.

Kia Rio mempunyai dua varian iaitu EX dan SX.

Varian SX adalah model premium yang dilengkapi bumbung matahari, butang penghidup enjin dan dipadankan rim 18 inci.

EX pula tidak dilengkapi ciri-ciri itu tetapi ia dijual lebih murah sebanyak RM6,000.

Kedua-dua varian itu dijanakan enjin 1.4 MPI CVVT yang menghasilkan 109 PS dan 137 Nm.

Kia Rio 1.4 SX di jual atas jalan dengan insurans RM79,888, manakala RM73,888 bagi Kia Rio 1.4 EX.

Ni ada beberapa gambar Kia Rio.

















No comments:

Post a Comment