Thursday, 3 January 2013

Ford terima tiga anugerah automotif tempatan

JENAMA Ford semakin kukuh dalam industri automotif tempatan apabila memenangi tiga anugerahmembabitkan jentera terlaris mereka menerusi Focus dan Ranger.
  
  Dua anugerah yang diterima adalah kenderaan sedan, Ford Focus serba baru, manakala satu lagi untuk traknya iaitu Ford Ranger.

  Ford Ranger menewaskan enam pesaing lain untuk memenangi anugerah Trak Pikap Terbaik daripada Anugerah Kereta Terbaik AUTOCAR Asean 2012.

  Sementara Ford Focus pula mengatasi 11 model lain untuk dinobatkan sebagai Sedan/Hatchback Saiz Sederhana Terbaik.

  Ford Focus juga memenangi tempat kedua kategori Sedan Terbaik bagi Anugerah Pilihan Pembaca STUFF 2012.

  Tiga kemenangan terbaru itu menjadikan anugerah yang dimenangi oleh Ford di Malaysia pada tahun 2012 berjumlah tujuh anugerah.

  Sebelum ini, Ford Ranger mencatat sejarah apabila menjadi trak pertama dalam Anugerah COTY untuk merebut anugerah Kereta Terbaik Keseluruhan, selain memenangi anugerah Trak Pikap Terbaik.

  Untuk maklumat lanjut mengenai Ford di Malaysia, sila ke www.ford.net.my



FORD RANGER




FORD FOCUS

No comments:

Post a Comment