Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Syarikat Naza SM Nasarudin SM Nasimuddin, perlantikan itu adalah satu lagi pencapaian untuk Kumpulan Naza di mana Citroen mempunyai warisan yang kaya dalam inovasi dan teknologi selain mewakili jenama yang kaya dengan sejarah dan prestij ini.
"Kami percaya terdapat permintaan yang tinggi bagi produk jenama ini di Malaysia dan dengan strategi yang betul kami yakin dapat merealisasikan potensi penuh Citroen dalam pasaran ini.
"Kami akan melancarkan sebuah pusat 3S di Lembah Klang menjelang akhir Februari dan mempunyai rancangan untuk melancarkan pusat 3S Citroen baru di kedua-dua kawasan utara dan selatan pada bulan-bulan akan datang," katanya.
Menurutnya, syarikatnya akan memperkenalkan beberapa model terbaru tidak lama lagi.
![]() |
No comments:
Post a Comment