Thursday, 10 January 2013

Suzuki Swift Baru Mantap

Suzuki Swift Generasi Ketiga




SUZUKI Swift terbaru tampil dengan wajah yang lebih tampan sekali gus meningkatkan permintaan kategori kenderaan kompak di Malaysia.

  Beberapa perubahan yang dilakukan pada jentera ini termasuk dipadankan dengan enjin baru 1.4 L VVT dan dikatakan memiliki prestasi lebih memberangsangkan berbanding model terdahulu.

  Ia masih menerapkan bentuk yang sama dengan model Suzuki Swift sebelum ini.

  Bagaimanapun, perubahan yang dilakukan sangat mantap apabila gaya lebih dinamik dan aerodinamik diterapkan, sekali gus memberikan imej yang lebih ranggi.

  Bahagian depan tampak baru dengan kehadiran jeriji serta garisan tepi kelihatan anggun.

  Kenderaan ini direka dengan semua baru membabitkan enjin, bahagian luaran dan dalaman.

  Malah model baru daripada generasi ketiga ini turut dikatakan mampu memberikan penjimatan minyak lebih lima peratus berbanding model terdahulu.

  Menurut Suzuki Malaysia Automobile Sdn.Bhd, kenderaan CBU dari Thailand dijangkakan turut akan dipasang secara CKD pada Mac ini di Pekan, Pahang.

  Enjin Suzuki Swift ini dipadankan enjin kapasiti lebih rendah berbanding model terdahulu. Kuasa kudanya turut berkurang sedikit.

  Kapasiti enjin ini dikurangkan bagi memberi tahap pengguna bahan api yang minimum sebanyak lima peratus.

  Selain itu, jentera ini masih menggunakan transmisi automatik empat kelajuan.

  Dengan harga RM77,888seunit, Suzuki Swift ini dijangkakan mampu menarik perhatian golongan muda khususnya untuk memiliki kenderaan kompak yang penuh bergaya ini.

SPESIFIKASI

Enjin: 1,372 cc, DOHC, VVT
Kuasa maksimum: 95 kW pada 6,000 rpm
Kuasa kilas: 130 Nm pada 4,000 rpm
Transmisi: 4 gear automatik.
Kapasiti bahan api : 42 liter
Pilihan warna : Ablaze Red Pearl 2, Boost Blue Pearl Metallic, Snow White Pearl, Mineral Gray Metallic & Super Black Pearl

Ini sedikit gambar ketika pelancaran Suzuki Swift baru untuk membezakan model terdahulu.


Lampu dan jeriji hadapan.




Lampu dan bampar belakang.




Lampu belakang rekaan menarik.



Ruang kabin.



Harga Suzuki Swift

No comments:

Post a Comment