KIA Rio yang sudah memenangi pelbagai anugerah di peringkat global akhir tiba untuk pasaran Malaysia.
Kenderaan segmen B itu kelihatan dengan wajah segar, tetapi masih menerapkan konsep 'hidung harimau' seperti model-model Kia yang lain.
Sesuai dengan kecanggihan jentera buatan Korea itu, ia dilengkapi pelbagai teknologi canggih berbanding model satu segmen dengannya.
Kia Rio mempunyai dua varian iaitu EX dan SX.
Varian SX adalah model premium yang dilengkapi bumbung matahari, butang penghidup enjin dan dipadankan rim 18 inci.
EX pula tidak dilengkapi ciri-ciri itu tetapi ia dijual lebih murah sebanyak RM6,000.
Kedua-dua varian itu dijanakan enjin 1.4 MPI CVVT yang menghasilkan 109 PS dan 137 Nm.
Kia Rio 1.4 SX di jual atas jalan dengan insurans RM79,888, manakala RM73,888 bagi Kia Rio 1.4 EX.
Ni ada beberapa gambar Kia Rio.
Thursday, 31 January 2013
Renault Megane RS 265 Lebih Berkuasa
Setelah melancarkan Renault Megane 250 Cup pada tahun 2010 dan menerima edisi istimewa pada tahun lalu, kini tiba pula giliran model yang lebih hebat iaitu Renault Megane RS 265 pula.
Model ini diperhebatkan lagi dengan kuasa kuda sehingga 265ps dan tork maksima 360Nm. Selain daripada itu, ia juga dipertingkatkan kuasa pengendalian dan prestasinyanya. Daripada titik pegun sehingga 100 kilometer sejam (km/j) hanya mengambil masa selama 6.0saat, dengan kelajuan maksima 250km/j.
Enjin 2.0 liter pengecas turbo dan memiliki transmisi manual enam kelajuan, Renault Megane RS 265 dijual pada harga yang cukup berbaloi iaitu RM240,888 seunit.

![]() |
Tampak macho dan penuh berkuasa |
![]() |
Rekaan yang sungguh menambat hati |
Tuesday, 29 January 2013
Warna-warni Hyundai i10
Comel. Itu yang boleh digambarkan tentang Hyundai i10 edisi terhad yang baru saja diperkenalkan akhir Januari lalu.
Tambah menarik lagi apabila ia didatangkan dengan warna-warna ceria yang pastinya mampu menarik perhatian golongan muda khususnya wanita. Menawarkan tujuh warna bagi kerangka iaitu Lavender Pink, Passion Purple, Tangy Orange, Aquamarine Blue, Peach White, Ice Silver dan Carbon Grey.
Hyundai i10 edisi terhad ini didatang dengan dengan dua varian enjin iaitu 1.1 liter dan 1.25 liter. Turut disuntik sedikit penambah baikan bagi rekaan dalaman supaya nampak lebih sporty. Antaranya kerusi yang dibaluti dengan kulit daripada dua tona warna dengan kekemasan yang menarik. Selain daripada itu, stereng turut dibaluti dengan material kulit bermutu tinggi. Namun penambah baikan rekaan dalaman ini hanya melibatkan varian 1.25 liter sahaja.
Untuk tujuan keselamatan, Hyundai i10 turut dipadankan dengan dram brek bahagian belakang bersaiz 8 inci berbanding model terdahulu hanya 7 inci. Juga dipasangkan dengan tali pinggang di tengah untuk penumpang di belakang dengan Emergency Locking Retractor (ELR) menggantikan tali pinggang statik.
Hyundai i10 edisi terhad ini ditawarkan dengan harga RM51,388.00 untuk varian 1.1 liter. Manakala bagi varian 1.25 liter berharga RM56,000.00.
Tambah menarik lagi apabila ia didatangkan dengan warna-warna ceria yang pastinya mampu menarik perhatian golongan muda khususnya wanita. Menawarkan tujuh warna bagi kerangka iaitu Lavender Pink, Passion Purple, Tangy Orange, Aquamarine Blue, Peach White, Ice Silver dan Carbon Grey.
Hyundai i10 edisi terhad ini didatang dengan dengan dua varian enjin iaitu 1.1 liter dan 1.25 liter. Turut disuntik sedikit penambah baikan bagi rekaan dalaman supaya nampak lebih sporty. Antaranya kerusi yang dibaluti dengan kulit daripada dua tona warna dengan kekemasan yang menarik. Selain daripada itu, stereng turut dibaluti dengan material kulit bermutu tinggi. Namun penambah baikan rekaan dalaman ini hanya melibatkan varian 1.25 liter sahaja.
Untuk tujuan keselamatan, Hyundai i10 turut dipadankan dengan dram brek bahagian belakang bersaiz 8 inci berbanding model terdahulu hanya 7 inci. Juga dipasangkan dengan tali pinggang di tengah untuk penumpang di belakang dengan Emergency Locking Retractor (ELR) menggantikan tali pinggang statik.
![]() |
Passion Purple Yang Menawan |
![]() |
Aquamarine Blue sejuk mata memandang |
Rekaan dalaman yang sporty |
![]() |
Rekaan luaran yang ringkas |
Honda Accord Generasi Terbaru
KENDERAAN segmen D pasti akan lebih meriah dengan kehadiran beberapa baru yang bakal dilancar pada tahun ini.
Kunjungan ke Asia Tengah baru-baru ini ternyata industri automotif mereka lebih hangat berbanding negara kita.
Sepanjang beberapa hari berada di sana, admin ada membelek surat khabar tempatan mereka dan mendapati model Honda Accord generasi sudah dilancarkan di negara berkenaan.
Secara pandangan kasarnya, Honda Accord terbaru itu kelihatan sangat eksklusif dengan menerap bentuk coupe.
Perubahan paling ketara perubahan pada jentera itu adalah lampu hadapan dipadankan LED dan lampu belakang yang kelihatan sedikit tajam.
Paling mengujakan admin, model berkenaan mempunyai dua varian iaitu Sedan dan Coupe.
Kehadiran Coupe itu tampak sangat sporty apabila dilengkapi pintu dua, manakala Sedan dengan empat pintu.
Diharapkan Honda Accord generasi terbaru bakal menjengah pasaran negara ini tidak lama lagi.
Marilah kita menunggu ketibaannya kelak.

Honda Accord Terbaru |
Saturday, 26 January 2013
Hyundai Santa Fe Terima Pengiktirafan Euro NCAP
Generasi Baru Hyundai Santa Fe telah dinamakan sebagai kereta yang paling selamat di dalam kelas yang dinilai oleh Euro NCAP untuk tahun 2012. Mendapat skor yang tinggi untuk semua kategori didalam kelasnya, menjadikan ia salah satu daripada kenderaan yang paling selamat pernah diuji dalam kelas ‘Large Off-Road 4x4’ di hadapan Mercedes-Benz M-kelas dan Range Rover.
Monday, 21 January 2013
Volkswagen Golf Generasi Ketujuh akan tiba di Malaysia 2013
SEJAK 30 tahun lalu, sebanyak 29 juta unit Volkswagen Golf sudah pun dijual di seluruh dunia.
Kehadiran Volkswagen Golf Mk VII menerusi generasi ketujuhnya bakal melonjakkan lagi nama jenama itu di persada peringkat dunia.
Revolusi kenderaan kompak itu sangat hebat apabila ia sudah mempunyai tujuh varian sejak diperkenalkan 30 tahun lalu.
Bagi model terbaru yang akan tiba di Malaysia pada tahun ini, ia menerima pembaharuan ketara merangkumi bahagian enjin, ketahanan bentuknya, rekaan dan sistem keselamatan serta teknologi canggih bagi kenderaan kompak.
Selain bentuk yang menarik, ia dipadankan dengan enjin petrol dengan kapasiti 1.4 liter TSI dengan kod EA211 yang lebih ringan berbanding sebelum ini yang dikenali EA111.
Perbezaannya merangkumi kedudukan silinder dengan condong ke bahagian dalam dengan anggaran kira-kira 12 darjah.
Komponen yang diperbaharui termasuklah enjin blok lebih ringan sebanyak 45 peratus, 'crankshaft' (20 peratus) dan rod penyambung bersendi (30 peratus).
Jentera ini juga lebih ringan 100 kilogram (kg) berbanding Volkswagen Golf Mk VI serta 'disaluti' bentuk aerodinamik yang mampu mengurangkan tahap penggunaan minyak sehingga 23 peratus.
Pengurangan berat sehingga 100 kg itu membabitkan komponen enjin (40 kg), badan kenderaan (37 kg), kerangka (26 kg) dan sistem elektrik (enam kg).
Teknologi terbaru yang dinamakan sebagai BlueMotion menjadi penanda aras jenama berkenaan apabila mencatatkan 3.2 liter bahan api bagi setiap 100 kilometer (km) selain pembebasan karbon dioksida sebanyak 85 gram/km.
Keluasan kabin Volkswagen Golf Mk VII lebih luas berbanding model sebelumnya, sekali gus memberi kelegaan kepada penumpang hadapan dan belakang.
Ia lebih panjang sehingga 56 milimeter (mm) dengan mencatatkan bentuk keseluruhan sehingga 4.255 meter (m).
Walaupun sebuah kenderaan kompak, ruang butnya turut ditingkatkan apabila ia lebih rendah untuk memudahkan penggunanya memunggah barang, selain mampu diisi dengan beban sehingga 380 liter.
Penambah baik pada model itu ternyata memberi kekuatan bagi kenderaan kompak ini untuk membezakannya dengan model terdahulu.
Bentuk luar dengan rekaan yang tidak ketinggalan zaman terhasil menerusi gabungan dua model terdahulu iaituVolkswagen Golf Mk II dan Mk IV sekali gus menyerlah bagi kenderaan kompak.
Walaupun jentera ini direka untuk pemanduan santai dan berbeza dengan spesifikasi GTI, ia masih lagi tampak gah dan sporty serta aerodinamik.
Lampu hadapan sedikit tirus yang kelihatan bersambung dengan jeriji hadapan memberi dimensi baru bagi watak kenderaan generasi ketujuh itu.
Garisan sisi pada bahagian tepinya membuatkan susuk badannya kelihatan menarik untuk memberi aliran angin yang optimum.
Saturday, 19 January 2013
Imej Baru Volvo XC90 T5 Eksekutif
Kenderaan SUV yang boleh dianggap sebagai legenda di kalangan keluarga Volvo iaitu model Volvo CX90, kini telah dipertingkatkan rupa dan prestasinya untuk versi 2013.
Bagi versi Eksekutif ini, rekaan yang penuh estetika dengan pertambahan elemen berunsur kemewahan menjadi pertaruhan. Antara yang paling menonjol ialah penggunaan material kulit lembut yang membaluti permukaan kabin termasuklah kerusi dengan kekemasan yang lebih teliti.
Untuk rekaan luaran pula, lampu LED, bar pada bampar hadapan serba baru, rim aloi Galateia bersaiz 19 inci serta bingkai krom pada cermin kedua-dua belah sisi membuatkan model ini lebih terserlah kemewahannya.
Untuk hiburan, Volvo XC90 T5 Eksekutif ini turut dilengkapi dengan sistem bunyi dan pembesar suara yang berkualiti tinggi.
Dengan enjin 2.5 liter pengecas turbo, model ini mampu menghamburkan sejumlah kuasa maksimum sehingga 210hp pada takat 5,000rpm. Malah jentera ini turut dilengkapi dengan pertambahan sistem bagi meningkatkan prestasi dan keselamatan iaitu Dynamic Stability and Traction Control (DSTC), Roll Stability Control (RSC), Rollover Protection System (ROPS), WHIPS (Whiplash Protection System) dan SIPS (Side Impact Protection System).
Didatangkan dengan empat varian warna iaitu Ice White, Ember Black, Electric Silver dan Twilight Bronze, Volvo XC90 T5 Eksekutif ini telah berada di pasaran Malaysia pada harga RM368,888 (harga atas jalan, tidak termasuk insurans).

Rekaan interior menyerlahkan kemewahan |
Friday, 18 January 2013
Zulfahmi Dilantik Sebagai Duta 1Malaysia
Pelumba Moto 3 kebanggaan negara, Zulfahmi Khairuddin, telah diberikan pengiktirafan menjadi salah seorang duta 1Malaysia.
Remaja berusia 21 tahun yang kini bersama pasukan lumba Red Bull KTM Ajo merupakan antara 19 individu lain yang merupakan ikon nasional telah menerima anugerah berprestij ini daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Menurut pelumba kelahiran Banting, Selangor ini, beliau sangat terharu dan teruja setelah namanya terpilih menerima anugerah ini apatah lagi ia disampaikan oleh Perdana Menteri sendiri.
"Anugerah ini sangat istimewa buat saya dan sekaligus telah menaikkan lagi semangat saya untuk berusaha lebih gigih di masa yang akan datang demi mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa,"ujar Zulfahmi.

Menerima anugerah daripada Perdana Menteri Malaysia |
Zulfahmi bersama 19 individu yang terpilih sebagai Duta 1Malaysia |
Wednesday, 16 January 2013
Perodua Panggil Balik 74 Ribu Myvi Baru
Perodua memanggil semula 74 ribu varian Myvi baru yang dibina antara Mac 2011 hingga Mac 2012 menerusi kempen langkah pencegahan lajur stereng kuasa elektronik (EPS) model berkenaan. Ia bertujuan memastikan pemilik Myvi baru dapat menikmati prestasi optimum kenderaan masing-masing.
Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, kempen itu perlu memandangkan prestasi kereta mungkin tidak berada pada kedudukan terbaik dan mungkin menjejaskan sebahagian respons masa pemandu pada kelajuan rendah.
"Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Perodua, masalah itu boleh dikesan apabila penunjuk EPS menyala, dan pemandu mendapati rasa berat pada kelajuan antara 30 dan 40 kilometer sejam.
"Ini boleh dibaiki sementara dengan mematikan enjin dan menghidupkan semula kereta, namun untuk pembaikan kekal dan mengurangkan kemungkinan risiko ke atas pelanggan, kami meminta mereka membuat temu janji di mana-mana 170 pusat servis kami di seluruh negara untuk penggantian lajur EPS," katanya menerusi satu kenyataan. - BERNAMA

Tuesday, 15 January 2013
Toyota Prius C TRD Sportivo
Sejak berada di pasaran pada Februari 2012, kenderaan kompak hibrid, Toyota Prius C begitu mendapat sambutan yang menggalakkan. Lebih 4,000 buah unit telah dijual dan ini memberikan petanda bahawa kenderaan hibrid semakin menjadi pilihan.
Memasuki tahun 2013, Toyota telah memperkenalkan varian terbaru Prius C iaitu Prius C TRD Sportivo. Model ini telah diberikan nafas baru dengan kit badan dari Toyota Racing Development (TRD) yang merangkumi Spoiler bampar hadapan dengan LED daytime running light,skirt sisi,spoiler bampar belakang,serta emblem khas TRD Sportivo.
Spesifikasi mekanikal model ini masih sama dengan Prius C dan ia telah dikuasakan oleh Toyota Hybrid Synergy Drive. Dengan enjin petrol 1.5 liter yang dijanakan motor elektrik dan Electronically Controlled Continuously Variable Transmission (E-CVT).
Terdapat dalam empat varian warna iaitu Lime White Pearl CS, Black Mica, Silver Metallic dan Super Red V, Toyota Prius C TRD Sportivo ini dijual pada harga RM103,990.00 seunit.
![]() |
Toyota Prius C TRD Sportivo |
Monday, 14 January 2013
Senarai Harga Kenderaan FORD Untuk 2013
Harga (OTR beserta insurans)
14 Januari 2013
|
Enjin
|
Torque
|
||||
Fiesta
1.6 Sport (A/T)
|
84,888.00
|
1598
|
152/4050
|
|||
Fiesta
1.6 Sedan (A/T)
|
83,388.00
|
1598
|
152/4050
|
|||
Fiesta
1.4 Hatch (M/T)
|
69,999.00
|
1388
|
128/4300
|
|||
Focus
Titanium 2.0 (A/T)
|
115,888.00
|
1999
|
170@6500
|
202/4550
|
||
Focus
Titanium + 2.0 (A/T)
|
128,888.00
|
1999
|
170@6500
|
202/4550
|
||
Focus
Sport 2.0 (A/T)
|
115,888.00
|
1999
|
170@6500
|
202/4550
|
||
Focus
Sport + 2.0 (A/T)
|
128.888.00
|
1999
|
170@6500
|
202/4550
|
||
Focus
ST 2.0 (M/T)
|
208.888.00
|
1999
|
250@6500
|
340/1750
|
||
Focus
TDCi 2.0 Ghia Sedan (A/T) – diesel
|
128,903.30
|
1997
|
320/2000
|
|||
Focus
TDCi 2.0 Sport (A/T) – diesel
|
128,903.30
|
1997
|
320/2000
|
|||
Everest
3.0 TDCi 4X4 (A/T)
|
176,808.10
|
2953
|
380/1800
|
|||
Everest
2.5 TDCi 4X4 (M/T)
|
151,484.50
|
2499
|
330/1800
|
|||
Escape
2.3 XLS 4X2 (A/T)
|
118,905.10
|
2261
|
200/4000
|
|||
Escape
2.3 XLT 4X4 (A/T)
|
139,905.10
|
2261
|
200/4000
|
|||
Ranger
2.2 XLT (A/T)
|
96,888.00
|
2499
|
330/1800
|
|||
Ranger
2.2 XLT (M/T)
|
89,888.00
|
2499
|
330/1800
|
|||
Ranger
3.2 WILDTRAK 4X4 (A/T)
|
116,888.00
|
2499
|
257/2000
|
|||
Mondeo
2.0 EcoBoost (A/T)
|
193,888.00
|
1999
|
340/4500
|
|||
S-MAX
2.0 EcoBoost (A/T)
|
198,888.00
|
1999
|
340/4500
|
|||
|
||||||
*Efektif bermula 14 Januari 2013
![]() |
Ford Focus ST |
Subscribe to:
Posts (Atom)