Thursday, 12 December 2013

Motosikal Dari USA, Victory


Motosikal Victory bertandang ke Malaysia dengan lebih 10 varian yang merangkumi tiga kategori iaitu Baggers, Cruisers dan Touring.
  Motosikal buatan Amerika Syarikat dibawa masuk Harmony Fabulous Sdn Bhd anak syarikat dibawah Naza Group Company.
  Latar belakang motosikal ini masih baru dalam industri permotoran selepas ditubuhkan pada 1998.
  Bagaimanapun, jangan pandang serong  terhadapnya kerana jentera ini memang sesuai untuk kaki motosikal berkuasa tinggi bagi mencari gaya tunggang yang unik.
  Malah, jentera ini dikuasai enjin V-Twin yang pastinya hebat untuk ditunggang.
  Harganya pula, boleh rujuk gambar yang dipaparkan.
  Semoga jenama ini mampu bersaing dengan beberapa model yang lain








Wednesday, 25 September 2013

Nissan Grand Livina Baru

KALAU dihitung, sudah enam tahun MPV Nissan Grand Livina ini berada di Malaysia dan kini, ia kembali dengan wajah baru yang lebih menarik.
  Boleh dikatakan, model ini menerima pembaharuan berhubung rekaan luaran dan dalaman sahaja sekali gus menggembalikan era kegemilangan mpv itu beberapa tahun lalu.
  Pembaharuan bahagian hadapan dilalukan pada jeriji dan bampar serta lampu yang lebih menarik.
  Belakang pula menerima sentuhan pada lampu belakang dengan rekaan mendatar, sekali tengok seolah-olah Volkswagen Sharan.
  Ruang dalamannya memang 'superb' kerana ia mempunyai tujuh tempat duduk dan harganya pula kurang daripada RM100,000.
  Apa yang baru ruang kabin ini adalah stereng dilengkapi butang audio dan panel meter kelajuan rekaan futuristik.
  Yang paling bagus sekali, ia menjadi MPV jenama Nissan yang menggunakan kunci pintar (i-key) di mana pemandu tidak perlu tekan butang 'remote' untuk membuka pintu.
  Malah, ia juga dilengkapi butang penghidup enjin, tetapi ciri-ciri i-key ini hanya ada pada varian 1.8 liter.
   Bagaimanapun, struktur panjang dan lebar masih sama dengan varian terdahulu. Enjin dan sistem suspensi turut berkongsi dengan model terdahulu.
  






Tuesday, 2 April 2013

Inovasi Dari Honda Accesories


Range Rover 2013 Bakal Tiba Di Malaysia pada 11 April



Nantikan kedatangan Range Rover 2013 yang bakal dibawa masuk oleh Land Rover Malaysia pada 11 April ini.

SUBARU WRX CONCEPT "The Never-Ending Experiment"


BHPetrol Hadiahkan Percutian Ke Taiwan Untuk Pelanggan Bertuah

Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol) dengan kerjasama Touch 'n Go Sdn Berhad dan Permanis Sdn.Bhd, telah menganjurkan peraduan khas untuk penjualan permainan DoraemonPlush dan kempen kad Touch 'n Go. Ia dianjurkan sempena dengan ulang tahun ke-100 Doraemon. Peraduan ini berlangsung selama 3 bulan bermula 1 April 2013 di stesen BHPetrol yang mengambil bahagian.

Para pelanggan yang membeli set DoraemonPlush dan kad Touch 'n Go di BHPetromart berpeluang memenangi koleksi eksklusif Doraemon secara harian. Apa yang lebih menarik ialah setiap penyertaan juga berpeluang memenangi hadiah utama iaitu bercuti ke Taiwan dan melawat Ekspo Doraemon ke-100 tahun. Caranya mudah, hanya beli satu set DoraemonPlush, kad Touch 'n Go berserta dengan dia produk Permanis yang terpilih. Di mana pelanggan akan menerima dua borang penyertaan untuk menyertai kuiz promosi istimewa ini.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.bhpetrol.com.my



Sunday, 31 March 2013

Varian Baharu Mitsubishi Triton Single Cab





Sebelum tirai Mac 2013 berlabuh, Mitsubishi Motors Malaysia telah mengumumkan pelancaran varian baru dalam keluarga Triton iaitu Triton Single Cab. 

Varian terbaru ini menawarkan lebih nilai untuk mereka yang menggunakannya sebagai kenderaan perdagangan. Dipadankan dengan enjin diesel Direct Injection tanpa turbo berkuasa 97ps dan tork maksima 198Nm dan digandingkan dengan sistem 4X4, bertransmisi manual 5-kelajuan. 

Ia dijual pada harga RM 70,409.60 (otr tanpa insuran) dan hadir dengan warna putih solid.

Saturday, 30 March 2013

VW Golf MK7 Diiktiraf Sebagai 'Kereta Terbaik Dunia 2013'



Sejak pelancarannya pada November tahun lalu, generasi ketujuh Volkswagen (VW) Golf atau lebih dikenali sebagai VW Golf MK7 ini telah menerima 17 buah anugerah dan pengiktirafan.

Terbaru, Golf MK7 ini telah dinobatkan sebagai 'Kereta Terbaik Dunia 2013' yang diumumkan di New York International Auto Show pada 28 Mac lalu. Ia telah diadili oleh 66 orang wartawan permotoran terpilih dari 23 buah negara di seluruh dunia.

Syabas buat VW!



Friday, 29 March 2013

Peugeot 208 Akan Dilancarkan Pertengahan April Ini

Nasim Sdn Bhd,pengedar Peugeot di Malaysia bakal melancarkan Peugeot 208 pada pertengahan April ini. Kereta ini dijanakan dengan enjin 1.6VTi berkuasa 122ps dan tork maksima 160Nm. 







Akan Datang...2013 Kia K9!



Pasti ramai yang tidak sabar menantikan kedatangan Kia K9 ke Malaysia bukan?

Saksikan video rasmi model ini yang memiliki paras rupa yang menawan.





Wednesday, 27 March 2013

Motosikal berkuasa tinggi, BMW HP4 dilancarkan di Malaysia.

BMW HP (High Performance) menawarkan pengendalian yang lincah, output kuasa dipertingkatkan dan tunggangan dinamik.

Jentera itu menandakan kesinambungan siri model BMW Motorrad High Performance yang bermula 2005.

Selepas pengenalan model enjin boxer pada HP2 Enduro, HP2 Megamoto dan HP2 Sport, HP4 adalah jentera empat silinder yang pertama High Performance menggunakan bahan bermutu tinggi dan teknologi termaju.

Dilengkapi dengan enjin empat silinder sebaris S1000RR yang menghasilkan 193 kuasa kuda (HP) selain hanya mengambil 2.9 saat untuk memecut 0-100 km/j.

Ia juga dilengkapi empat mod iaitu Hujan, Sport, Lumba dan Licin untuk memberi perbezaan ketika menunggang.

Ciri Dynamic Damping Control (DDC) adalah yang pertama digunakan dalam teknologi motosikal untuk meningkatkan lagi teknologi suspensi.

BMW HP4 ditawarkan dengan dua varian dan dijual RM144,444 dan RM158,888.

















Tuesday, 26 March 2013

Toyota Vios Baru Tiba Di Thailand

KENDERAAN segmen B menerusi model Toyota Vios kembali dengan wajah lebih segar dari segi reka bentuk luaran dan dalaman.

Sekali imbas, bentuk Toyota Vios generasi keempat itu menerapkan rekaan sedikit tajam dengan jelas kelihatan pada garisan pada badan.

Jeriji hadapannya juga kelihatan bersambung dengan perumah lampu utama selain lubang anginnya kelihatan sedikit unik iaitu seperti 'V' terbalik.

Bagaimanapun, ia masih menggunakan enjin 1.5 liter dengan menyalurkan 109 PS dan 141 Nm (tork).

Panjang Toyota Vios itu (4.410 meter); lebar (1.7 meter); tinggi (1.475 meter).

Ruangan dalaman juga turut menerima pembaharuan apabila panel meter tidak berada di tengah seperti model terdahulu.

Papan pemuka kelihatan menarik dengan susunan butang audio dan penyaman udara tampak kemas serta teratur.

Berharap jentera itu tiba lebih cepat ke negara ini untuk memenuhi permintaan kenderaan segmen B.





Video Rasmi Toyota Vios Sempena Bangkok International Motor Show 2013


Friday, 22 March 2013

Volkswagen Golf GTI 2013



Selepas pelancaran Volkswagen (VW) Golf generasi ke-7 atau lebih dikenali sebagai VW Golf MK7 ke pasaran Malaysia pada 12 Mac lalu, pasti ramai yang tertanya-tanya bilakah versi GTI bakal dibawa ke mari.

Apatah lagi selepas menonton kehebatan jentera ini melalui Youtube, admin sendiri  tidak sabar untuk memandu ujinya.

Ferrari F12berlinetta Memang 'Legend'!



Selepas diperkenalkan semasa penganjuran 2012 Beijing International Auto Show, kini Ferrari F12berlinetta sudah pun berada di pasaran Malaysia secara rasminya.

F12berlinetta merupakan salah satu model yang paling berkuasa selepas LaFerrari (yang telah diperkenalkan dalam Geneva Motor Show 2013) dengan prestasi tertinggi di dalam keluarga supercar Ferrari. 

Dengan enjin V12, jentera ini mampu menghamburkan kuasa maksimum sehingga 740hp dengan tork 690Nm pada takat 6,000rpm. Mampu mencecah kelajuan maksimum lebih daripada 340 km/j dengan catatan masa 8.5 saat daripada 0 hingga ke 200km/j. 

Dipadankan dengan kotak gear F1 klac-berkembar 7-kelajuan, F12berlinetta ini dikatakan mampu memberikan penjimatan bahan api yang efisien iaitu 15 liter untuk setiap 100km dengan pelepasan karbon dioksida 350g per kilometer. 

Memiliki rekaan luaran dan dalaman yang cukup mengujakan, F12berlinetta ini dijual pada harga asas RM1,288,800.00 dan mencecah sekali ganda harganya apabila ditambah dengan insurans dan cukai.  






























Thursday, 21 March 2013

Mitsubishi i-MiEV Mula Dijual

MITSUBISHI Motors Malaysia (MMM) buat kali pertama sebagai syarikat automotif negara ini mula menjual kenderaan elektrik kepada orang ramai.

Mitsubishi i-MiEV yang diperkenalkan dua tahun lalu untuk masyarakat tempatan kini, dijual dengan harga RM136,180.50.

Model elektrik itu ditawarkan dua warna iaitu putih dan merah.

Mitsubishi i-MiEV menawarkan kuasa 49 kW dan 180 Nm bagi tork selain mampu memecut sehingga 130 km/j yang boleh dipandu dalam jarak 150 km.

Ia menggunakan kuasa bateri lithium ion yang menawarkan 330 V.

Bagi pengecas biasa perlu mengambil masa lapan jam, manakala 30 minit bagi segera.

Apa yang menarik pada model ini adalah cukai jalannya sejumlah RM10 setahun dan purata kos pemanduan sebanyak 3 sen bagi 1 km.

Sehingga kini, i-MiEV sudah pun dihasilkan sebanyak 33,000 unit sejak pertama kali diperkenalkan pada peringkat global 2009 lalu.

MMM juga menyasarkan 50 unit jualan sehingga hujung Mac 2014.









Monday, 18 March 2013

Generasi Terbaru Sorento Dilancarkan


Naza Kia Malaysia telah pun melancarkan generasi terbaru bagi Kia Sorento sempena dengan 'Kia Customer Day' pada 16 hingga 17 Mac lalu.

Ia merupakan model kedua yang diperkenalkan oleh Naza Kia Malaysia selepas pelancaran Kia Rio serba baharu pada Januari lalu.

Menerima suntikan baru daripada segi rekaan yang tampak lebih mewah, Sorento juga dikatakan memiliki kuasa pengendalian yang lebih mantap, selesa dengan penambahan ciri-ciri keselamatan.Dengan lebih 33 elemen penambah baikan, termasuklah Lampu LED DRL, lampu kabus berbentuk menegak dan gril serba baru 'Tiger Nose' yang membuatkan Sorento ini tampil lebih garang.

Dijanakan oleh enjin 2.4 liter DOHC Dual Continuous Variable Valve Timing (DCVVT) Thetha II yang mampu menghamburkan kuasa 174bhp dan tork maksimum 227Nm dengan transmisi automatik 6-kelajuan bersama Manumatic (memiliki fungsi seakan tiptronic). 

Dengan lebih 33 elemen penambah baikan, termasuklah Lampu LED DRL, lampu kabus berbentuk menegak dan gril serba baru 'Tiger Nose' yang membuatkan Sorento ini tampil lebih garang.Sorento generasi baru ini disasarkan kepada pelanggan berusia antara 35 hingga 50 tahun. Ia sudah pun mula menerima tempahan dan dijual pada harga RM158,888 (harga atas jalan). 







Thursday, 14 March 2013

Ford Focus ST ‘Hot Hatch’ Paling Laris Eropah


Ford Focus ST ialah hot hatch (hatchback berprestasi tinggi) paling laris di Eropah dalam tempoh tiga bulan terakhir 2012, berasaskan perangkaan pembekal data risikan automotif POLK; menguasai 44 peratus daripada jumlah jualan dalam tempoh ini, mengatasi VW Golf GTI pada tahap 33 peratus dan Renault Megane Sport pada tahap 12 peratus.

Sejumlah 1,984 Focus ST telah dijual dalam tempoh ini; dalam pada itu, ia juga merupakan hot hatch paling laris di U.K., Denmark, Norway, Finland, Hungary, Switzerland, Sweden dan Belanda.

Ford telah menjual sejumlah 3,819 Focus ST baru di Eropah sejak dilancarkan – 74 peratus hatchback dan 26 peratus wagon.  Warna paling popular ialah Frozen White (41 peratus), diikuti Panther Black (28 peratus) dan Tangerine Scream (17 peratus).

Dilengkapi dengan enjin 2.0-liter EcoBoost, Focus ST generasi ketiga ialah kereta prestasi global sebenar pertama Ford, selepas dilancarkan di Amerika Utara, Eropah dan pasaran lain tahun lepas. Focus ST telah diperkenalkan buat julung kalinya di Malaysia September lepas, iaitu negara pertama di ASEAN, diikuti oleh pelancaran di Singapura, dan Hong Kong.  Pelancaran selanjutnya di rantau Asia Pasifik akan dibuat lewat tahun ini.

Focus ST baru telah dipilih sebagai “Hot Hatch Terbaik” oleh majalah U.K. Auto Express dan versi wagon telah diisytiharkan sebagai “Hot Hatch Terbaik Tahun Ini” oleh majalah Top Gear. Majalah automotif utama di Denmark, Bilmagasinet, juga telah memilih Focus ST sebagai kereta terbaik dalam segmennya.


Wednesday, 13 March 2013

VW Golf MK7 Hanya RM157,888


Volkswagen Golf generasi ke-7 atau lebih dikenali sebagai VW Golf MK7 baru saja dilancarkan malam semalam.

Pihak Volkwagen Malaysia yang membawa sekumpulan media permotoran tempatan untuk memandu ujinya ke Pulau Pinang sehari selepas majlis pelancarannya turut mengumumkan harga bagi model ini iaitu RM157,888.00 seunit.




Admin ada mengulas lebih lanjut mengenai model ini pada entri yang lalu. Dan pengalaman memandu ujinya akan diulas untuk entri yang akan datang.




Saturday, 9 March 2013

Honda CR-V Sudah Tiba

JENTERA SUV, Honda CR-V terbaru akhirnya dilancarkan di negara ini selepas ia mula diperkenalkan pada peringkat global dua tahun lalu.

Generasi keempat itu tampil lebih bergaya berbanding model sebelum ini dengan tampak macho dan maskulin.

Bagi memberi impak bentuk sporty dan aerodinamik, Honda CR-V terbaru lebih rendah serta pendek sebanyak 30 milimeter.

Kekurangan itu bagaimana pun tidak menjejaskan keselesaan yang sedia ada ditawarkan SUV berkenaan.

Ia dipadankan dengan 2.0 liter SOHC i-VTEC. Biarpun menggunakan enjin SOHC, kuasanya masih mampu menghamburkan 155 hp dan meningkat 5 hp berbanding model terdahulu.

Bagi memberi tahap penggunaa minyak yang optimum, jentera itu dipadankan dengan Mod Econ di mana ia akan membimbing pemandu cara menjimatkan dan tidak agresif.

Sistem berkenaan seperti dipadankan pada Honda Civic terbaru yang dilancarkan tahun lalu.

Bagi admin, jentera itu mempunyai keistimewaan yang tersendiri dan berbaloi untuk dimiliki biarpun harga atas jalan raya termasuk insurans mencecah RM148,800.

Pada Jun ini juga, Honda CR-V akan datang dengan menggunakan enjin 2.4 liter. Harga yang dianggarkan ialah RM190,000.