Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol) dengan kerjasama Touch 'n Go Sdn Berhad dan Permanis Sdn.Bhd, telah menganjurkan peraduan khas untuk penjualan permainan DoraemonPlush dan kempen kad Touch 'n Go. Ia dianjurkan sempena dengan ulang tahun ke-100 Doraemon. Peraduan ini berlangsung selama 3 bulan bermula 1 April 2013 di stesen BHPetrol yang mengambil bahagian.
Para pelanggan yang membeli set DoraemonPlush dan kad Touch 'n Go di BHPetromart berpeluang memenangi koleksi eksklusif Doraemon secara harian. Apa yang lebih menarik ialah setiap penyertaan juga berpeluang memenangi hadiah utama iaitu bercuti ke Taiwan dan melawat Ekspo Doraemon ke-100 tahun. Caranya mudah, hanya beli satu set DoraemonPlush, kad Touch 'n Go berserta dengan dia produk Permanis yang terpilih. Di mana pelanggan akan menerima dua borang penyertaan untuk menyertai kuiz promosi istimewa ini.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.bhpetrol.com.my
No comments:
Post a Comment