Friday, 22 March 2013

Ferrari F12berlinetta Memang 'Legend'!



Selepas diperkenalkan semasa penganjuran 2012 Beijing International Auto Show, kini Ferrari F12berlinetta sudah pun berada di pasaran Malaysia secara rasminya.

F12berlinetta merupakan salah satu model yang paling berkuasa selepas LaFerrari (yang telah diperkenalkan dalam Geneva Motor Show 2013) dengan prestasi tertinggi di dalam keluarga supercar Ferrari. 

Dengan enjin V12, jentera ini mampu menghamburkan kuasa maksimum sehingga 740hp dengan tork 690Nm pada takat 6,000rpm. Mampu mencecah kelajuan maksimum lebih daripada 340 km/j dengan catatan masa 8.5 saat daripada 0 hingga ke 200km/j. 

Dipadankan dengan kotak gear F1 klac-berkembar 7-kelajuan, F12berlinetta ini dikatakan mampu memberikan penjimatan bahan api yang efisien iaitu 15 liter untuk setiap 100km dengan pelepasan karbon dioksida 350g per kilometer. 

Memiliki rekaan luaran dan dalaman yang cukup mengujakan, F12berlinetta ini dijual pada harga asas RM1,288,800.00 dan mencecah sekali ganda harganya apabila ditambah dengan insurans dan cukai.  






























No comments:

Post a Comment