Tuesday, 26 March 2013

Toyota Vios Baru Tiba Di Thailand

KENDERAAN segmen B menerusi model Toyota Vios kembali dengan wajah lebih segar dari segi reka bentuk luaran dan dalaman.

Sekali imbas, bentuk Toyota Vios generasi keempat itu menerapkan rekaan sedikit tajam dengan jelas kelihatan pada garisan pada badan.

Jeriji hadapannya juga kelihatan bersambung dengan perumah lampu utama selain lubang anginnya kelihatan sedikit unik iaitu seperti 'V' terbalik.

Bagaimanapun, ia masih menggunakan enjin 1.5 liter dengan menyalurkan 109 PS dan 141 Nm (tork).

Panjang Toyota Vios itu (4.410 meter); lebar (1.7 meter); tinggi (1.475 meter).

Ruangan dalaman juga turut menerima pembaharuan apabila panel meter tidak berada di tengah seperti model terdahulu.

Papan pemuka kelihatan menarik dengan susunan butang audio dan penyaman udara tampak kemas serta teratur.

Berharap jentera itu tiba lebih cepat ke negara ini untuk memenuhi permintaan kenderaan segmen B.





No comments:

Post a Comment