JENTERA SUV, Honda CR-V terbaru akhirnya dilancarkan di negara ini selepas ia mula diperkenalkan pada peringkat global dua tahun lalu.
Generasi keempat itu tampil lebih bergaya berbanding model sebelum ini dengan tampak macho dan maskulin.
Bagi memberi impak bentuk sporty dan aerodinamik, Honda CR-V terbaru lebih rendah serta pendek sebanyak 30 milimeter.
Kekurangan itu bagaimana pun tidak menjejaskan keselesaan yang sedia ada ditawarkan SUV berkenaan.
Ia dipadankan dengan 2.0 liter SOHC i-VTEC. Biarpun menggunakan enjin SOHC, kuasanya masih mampu menghamburkan 155 hp dan meningkat 5 hp berbanding model terdahulu.
Bagi memberi tahap penggunaa minyak yang optimum, jentera itu dipadankan dengan Mod Econ di mana ia akan membimbing pemandu cara menjimatkan dan tidak agresif.
Sistem berkenaan seperti dipadankan pada Honda Civic terbaru yang dilancarkan tahun lalu.
Bagi admin, jentera itu mempunyai keistimewaan yang tersendiri dan berbaloi untuk dimiliki biarpun harga atas jalan raya termasuk insurans mencecah RM148,800.
Pada Jun ini juga, Honda CR-V akan datang dengan menggunakan enjin 2.4 liter. Harga yang dianggarkan ialah RM190,000.
No comments:
Post a Comment