Untuk tiga tahun berturut-turut, trak-trak Isuzu nyata cukup terkenal
apabila menjadi trak muatan ringan paling laris di Malaysia.
Trak Isuzu N-Series berkongsi penghormatan ini pada tahun 2010 dan 2011
menerusi produk yang dijenamakan sebagai Hicom. Trak tersebut dibina atas
standard kualiti Jepun di kilang Isuzu-Hicom Malaysia di Pekan, Pahang.
Pada tahun 2012, trak-trak itu terus menjadi pilihan sebagai kenderaan untuk
tujuan perniagaan dengan jualan keseluruhan mencecah 5,473 unit.
Dengan reputasi penggunaan bahan api menjimatkan dan prestasi yang
dipercayai, rangkaian trak Isuzu N-Series telah menjadi pilihan pengendali
perniagaan di seluruh negara. Malah di seluruh dunia kerana ia mampu menjadi
rakan perniagaan yang sempurna.
Menghargai pencapaian signifikan yang diperoleh para pengedar tempatan
Isuzu Malaysia, Timbalan Presiden Eksekutif dan Pengarah Isuzu Motors Limited
Japan, Ryozo Tsukioka telah mengadakan lawatan sebagai tanda ucapan tahniah dan
menghadiahkan Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Kimitoshi Kurokawa sebuah
patung Daruma bagi pihak pengurusan Isuzu Jepun.
“Kami benar-benar bangga dengan pencapaian dan usaha yang dilakukan oleh
pasukan Isuzu Malaysia dan rangkaian pengedarnya. Mereka telah membina asas
yang kukuh untuk trak-trak Isuzu terus berkembang dalam keadaan yang sangat
terancang dan berterusan. Asas ini amat ideal untuk pelan pengembangan pada
masa akan datang,” kata Tsukioka.
Isuzu N-Series dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada penghujung
tahun 2010. Ia memiliki reputasi sebagai sebuah trak yang menjimatkan bahan api
dan prestasi yang sangat boleh dipercayai dalam kalangan para pengguna. Sejak
pengenalannya pada 1959, Isuzu N-Series telah dijual lebih lima juta unit
di seluruh dunia. Di pasaran Jepun, Elf (nama yang digunakan di sana) merupakan
trak paling laris untuk 12 tahun berturut-turut.
Lebih signifikan lagi, Isuzu juga merupakan jenama trak paling laris di
Jepun pada tahun 2012 untuk segmen trak muatan ringan, sederhana dan bas.
“Saya percaya bahawa kejayaan Isuzu N-Series di Malaysia adalah kerana
karekteristik trak dan nilai cemerlang yang diberikannya kepada para pelanggan
kami. Kami juga benar-benar fokus dan berusaha ke arah membina rangkaian
pengedar, selain memastikan kebolehsediaan alat ganti yang tepat pada masanya.
Faktor-faktor tambahan ini memberikan pelanggan Isuzu pengalaman pemilikan yang
sepenuhnya,” kata Kurokawa.
No comments:
Post a Comment