Berita baik menemui para
peminat sukan permotoran apabila penganjur Kejuaraan Motosikal Asia
PETRONAS (ARRC) mengumumkan venue berprestij, Litar Antarabangsa
Suzuka akan diperkenalkan dalam kalendar perlumbaan 2013, sekaligus
menjadi litar Jepun kedua memainkan peranan selaku hos ARRC selain Litar
Autopolis yang terletak di Wilayah Oita.
Bermula di Litar Sepang
(18-21 April) diikuti Litar Sentul di Indonesia (16-19 Mei) dan Litar
Antarabangsa Madras di India (11-14 Julai), Litar Suzuka bakal menjadi venue
Pusingan 4 dari 29 Ogos hingga 1 September sebelum beralih ke Litar Autopolis
pada minggu berikutnya (4-8 September).
Sementara itu, Litar
Antarabangsa Losail, Qatar kekal sebagai tuan rumah saingan penutup musim
(20-23 November).
“Kami cukup berbangga kerana
Litar Suzuka turut berada dalam kalendar ARRC pada tahun ini. Litar ini
merupakan antara litar terbaik di dunia, dan begitu mencabar untuk perlumbaan
motosikal. Sesuatu yang sangat menarik apabila dapat melihat saingan
SuperSports 600cc, Underbone 115cc dan Piala Impian Asia dapat dilangsungkan di
sini,” kata Ron Hogg, Pengarah Promosi Two Wheels Motor Racing, promoter acara
ARRC.
“Kami percaya semua
pasukan dan pelumba cukup teruja dapat beraksi di Suzuka. Sama seperti di
Autopolis, suasana di sini cukup meriah dan begitu ramai peminat. Ini adalah
peluang promosi yang cukup baik bagi Kejuaraan dan rakan-rakan penaja dengan
kehadiran pelumba-pelumba hebat di padok ARRC.”
“Tambah menarik, dua
perlumbaan berturut-turut dalam tempoh dua minggu dari Litar Suzuka ke
Autopolis juga merupakan pengalaman baru buat semua pasukan dan
pelumba-pelumba. Selain Suzuka, tahun ini kontinjen ARRC turut berpeluang untuk
berlumba di Litar Madras sekali lagi yang baru sahaja dinaik-taraf,” tambah
Ron.
Terletak di dalam Wilayah
Mie, Litar Suzuka kaya dengan sejarah sebagai pusat sukan permotoran Jepun.
Berkeluasan 5,821 meter panjang, litar ini memainkan peranan sebagai tuan rumah
kepada banyak acara berprestij seperti FIM Suzuka 8-Hour Endurance Road
Race dan beberapa acara perlumbaan empat roda termasuk Formula Satu.
Kalendar ARRC 2013
Ujian
rasmi 21 & 22 Februari
Pusingan 1
Litar Antarabangsa Sepang, Malaysia 18-21
April
Pusingan 2
Litar Antarabangsa Sentul, Indonesia
16-19 Mei
Pusingan 3
Madras Motor Race Track, India
11-14 Julai
Pusingan 4
Litar Antarabangsa Suzuka, Jepun
31 Ogos - 1 September
Pusingan 5
Litar Antarabangsa Autopolis, Jepun
4-8 September 2013
Pusingan 6
Litar Antarabangsa Losail, Qatar
20-23 November 2013
No comments:
Post a Comment