Wednesday, 20 February 2013

Let's Fiesta...Jalinan Usahasama Ford & Hitz.FM






Ford di Malaysia bersama Hitz.fm menganjurkan parti istimewa “Let’s Fiesta” baru-baru ini sebagai sebahagian daripada kempen radio “Thank Ford it’s Friday”. 

Malam yang disambut dengan alunan muzik, permainan dan aktiviti menyeronokkan ini ialah acara sulung daripada empat acara, yang kesemuanya dijadualkan Jumaat akan datang. Acara “Thank Ford It’s Friday – Let’s Fiesta!” yang seterusnya akan diadakan pada 22 Februari, jam 7:30 malam di The Square at Publika, Kuala Lumpur, membabitkan K-Town Clan dan Narmi. Mereka yang berminat boleh mengunjungi laman Facebook Ford Fiesta untuk maklumat lanjut dan aktiviti yang akan datang.

Acara baru-baru ini, yang diacarakan juruhebah Hitz.fm, terbuka kepada orang ramai dan juga ahli Kelab Peminat Fiesta yang datang beramai-ramai untuk memperagakan kenderaan mereka dan pengubahsuaian yang dilakukan, sambil berkongsi panduan dan petua, serta berkenalan dengan peminat Ford Fiesta lain.

Suasana ceria menjadi lebih meriah lagi apabila DJ Skeletor – yang dipilih sebagai salah seorang daripada 20 DJ terbaik dunia – mula memainkan adunan lagu dan remix yang menjulang namanya.

Personaliti radio DJ Ean dan DJ Rudy terus merancakkan lagi suasana dengan gelagat bertenaga mereka dalam sesi permainan. Para peserta berpeluang memenangi pelbagai hadiah daripada Ford, termasuk dua unit Samsung Galaxy Tab 2 sebagai hadiah utama dan dua unit sistem pandu arah GPS Garmin sebagai hadiah kedua.

“Kempen ‘Thank Ford it’s Friday’ bersama Hitz.fm ialah cara yang menarik untuk menambat perhatian pemandu Malaysia, terutamanya golongan yang lebih muda,” kata David Westerman, pengurus serantau, Operasi Eksport & Pertumbuhan Ford, Asia Pasifik. “Stesen radio merupakan landasan terbaik bagi Ford Fiesta kerana ia menarik perhatian remaja dan dewasa muda yang sentiasa mahu berinteraksi dengan jenama dan produk yang terkini.”

Tumpuan utama acara ialah dua unit Ford Fiesta yang diubahsuai khas, satu daripadanya dimiliki ahli Kelab Ford Fiesta Riza Rustam. Pemuda berusia 23 tahun ini memiliki Mavericks Intercept, yang mengkhusus dalam aksesori kereta, termasuk pelekat hiasan.

Kenderaan Rustam sentiasa mendapat perhatian di pelbagai acara dan kali ini tiada bezanya – hanya 24 jam sebelum acara, Rustam memasang pelekat hijau dan biru yang menyerlah di atas keretanya yang berwarna putih bersih, memberikan penampilan yang benar-benar unik kepada Fiesta miliknya dan sekali gus mencerminkan daya tarikan Fiesta sebagai kereta bergaya sport untuk kegunaan bandar yang mudah diubahsuai.

Di acara tersebut, Rustam menjelaskan komitmennya kepada Fiesta dan jenama Ford: “Saya tertarik kepada Fiesta kerana ia bergaya, seronok dipandu dan mudah diubahsuai. Jenama Ford agak sentimental bagi saya – ayah saya memandu Fiesta apabila beliau bertemu ibu saya buat pertama kali semasa belajar di Scotland.”
                                      
Apabila ditanya sama ada beliau akan meneruskan tradisi keluarga ini, Rustam berkata, “Sudah tentu! Saya merancang untuk menaik taraf kepada Focus Titanium+ serba baru kerana saya mahu mencari kenderaan lebih berkuasa yang sesuai sebagai kereta keluarga. Saya merancang untuk memberikan Fiesta saya yang sedia ada kepada teman wanita saya apabila membeli kereta baru nanti.  Saya tak sanggup berpisah dengan kereta ini!”

Seorang lagi ahli Kelab Fiesta, Shazmeer Jamaludin, 28 tahun, juga berkongsi minatnya terhadap Fiesta. “Ia amat sesuai untuk kehidupan bandar dan pengendaliannya memang hebat – kereta ini begitu aerodinamik dan bergerak seperti peluru. Fiesta ternyata menjimatkan minyak dan membuatkan anda rasa seperti pemandu rali. Saya juga sukakan reka bentuk sport Fiesta. Apabila saya memandu, saya rasa begitu bertenaga.”

“Kami seronok kerana dapat menyertai kempen ‘Thank Ford it’s Friday’ dan acara ‘Let’s Fiesta’. Memang selalunya acara ini dihadiri oleh ramai orang. Kami suka berkawan dengan peminat Ford dan mereka ini lebih meminati Fiesta. Ini merupakan kereta yang terbaik bagi golongan muda hari ini – bergaya, menyeronokkan dan mampu dimiliki,” kata DJ Ean daripada Hitz.fm.

DJ Rudy menambah, “Ford Fiesta ialah kereta yang amat sesuai untuk mereka yang mahu membuat penyesuaian dan pengubahsuaian. Begitu banyak alat yang boleh didapati dan terdapat pelbagai cara untuk menyerlahkan gaya peribadi anda.”

Kempen “Thank Ford its Friday” meliputi hebahan mingguan menarik di radio pada hari Jumaat tentang acara yang akan datang, kemunculan Ford Cruiser Hitz.fm di parti dan juga acara “Let’s Fiesta”.

No comments:

Post a Comment