Wednesday, 6 February 2013
Honda City Terima Pengiktirafan ASEAN NCAP
Honda City telah menerima pengiktirafan 5 bintang daripada ASEAN NCAP bagi Perlindungan Penumpang Dewasa dan juga rating tertinggi untuk Pelindungan Penumpang Kanak-kanak.
Bersaing dengan 8 model kereta yang sama segmentasi dengannya, Honda City telah diberikan pengiktirafan ini setelah menjalani ujian pelanggaran dengan kelajuan 64 kilometer sejam di Akademi JPJ Melaka oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS).
Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Yoichiro Ueno berkata, "Kami sangat berbesar hati menerima pengiktirafan ini. Ujian pelanggaran yang dilakukan oleh ASEAN NCAP ini membuktikan bahawa Honda City selamat digunakan. Tahap keselamatan merupakan keutamaan dan komitmen bagi Honda. Malah Honda juga sangat komited dalam penyelidikan dan pembangunan untuk menghasilkan teknologi terkini yang boleh diguna pakai bagi memberikan penambah baikan daripada segi aspek keselamatan pemandu dan penumpang."
Labels:
Berita
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment