Setelah memperkenalkannya di pasaran tempatan pada November 2011, semalam Honda Malaysia telah melancarkan versi terkini bagi model Honda CR-Z. Lebih menawan dan mempersonakan. Jentera hibrid sport pertama di dunia kini memiliki
penampilan luaran dan dalaman yang lebih sporty.
Menawarkan keselesaan sporty premium kepada pemandu dan penumpang, CR-Z baharu hadir dengan penampilan kemas dan ruang
kabin yang mewah. Jahitan benang berwarna merah pada tempat duduk separa kulit
yang baru, stereng dan tuil gear membuatkan CR-Z baharu semakin menarik.
![]() |
Bampar hadapan tampak lebih garang |
![]() |
Cukup sporty! |
![]() |
Meter ambien yang lebih fancy |
Semasa majlis pelancarannya di Setia Alam Convention Centre semalam |
Daripada segi luarannya pula, CR-Z Baharu diperkemaskan melalui bampar hadapan dan
belakang yang baru, sekali gus meningkatkan dan memperkemaskan lagi garisan
bayangan pecutan serta kecantikannya. Lampu depan HID yang baru dan lampu
belakang LED dengan perumah berwarna biru jernih menambah rasa eksklusif serta
penampilan bergaya kepada hibrid hot-hatch ini.
Keunikan meter ambien di dalam kenderaan hibrid Honda adalah ia akan sentiasa bertukar warna bergantung kepada gaya pemanduan. Ketika memandu dalam mod NORMAL dan ECON, meter ambien akan bertukar warna dari Biru kepada Biru-Hijau dan Hijau serta memberikan maklumbalas ketika memandu dan melatih untuk memandu dengan lebih cekap. Biru bermaksud 'pemanduan yang tidak ekonomikal', Biru-Hijau bermakna 'kecekapan bahan api sederhana', sementara Hijau adalah 'pemanduan yang menjimatkan'.
CR-Z memang terkenal dengan sistem pemanduan (Drive System) tiga mod yang versatil. Ia
membolehkan pemandu menukar mod pemanduan antara NORMAL, ECON atau SPORT bergantung kepada gaya
pemanduan dan situasi jalan raya. Tiga mod tersebut mengubah maklum balas
pendikit, stereng, pemasaan melahu berhenti, kawalan suhu dan tahap bantuan
yang disediakan oleh Sistem Hibrid IMA.
Untuk meningkatkan keterujaan memandu
sebuah jentera hibrid sport. CR-Z
baharu hadir bersama enjin 1.5L i-VTEC yang
disambung dengan motor elektrik yang lebih maju dan berkuasa. Perubahan utama
sistem IMA tersebut ialah bateri lithium-ion yang baru yang dapat menyimpan
tenaga elektrik tambahan di dalam sel-selnya yang kompak dan tahan lama. Bateri
lithium-ion yang prestasi tinggi ini mampu menawarkan kapasiti kuasa sehingga dua
kali ganda berbanding bateri sebelumnya. Dengan peningkatan kuasa tersebut, CR-Z Baharu memberikan pengalaman
pemanduan yang lebih dinamik dan bertenaga.
Bagi
meneruskan keseronokan pemanduan dan menambahkan prestasi sporty, CR-Z baharu kini dilengkapi ciri ‘Plus Sport System’ yang memberikan pecutan bertenaga. Sistem itu cukup
sempurna semasa memotong kenderaan lain. Ia juga boleh digunakan pada 3 mod
pemanduan berbeza iaitu NORMAL, ECON dan SPORT.
Dari segi standard keselamatan pula, CR-Z Baharu
dilengkapi dengan beg udara berkembar SRS di bahagian hadapan, beg udara
langsir tepi dan sisi dengan Sistem Pengesanan Posisi Penumpang (Occupant
Position Detection System, OPDS), G-Force Control Technology (G-CON), Vehicle Stability Assist (VSA), Sistem Brek Antikunci (Anti-lock Braking System, ABS), Brake Assist (BA), Electronic Brake Force Distribution
(EBD) dan Advanced Compatibility Engineering (ACE).
CR-Z Baharu boleh didapati dalam
varian transmisi manual enam kelajuan dan kotak gear Continuous Variable
Transmission (CVT) tujuh kelajuan dengan paddle shift. Ia hadir dalam
empat warna menarik – ungu (Premium Northern Lights Violet Pearl),
putih (Premium White Pearl), kelabu (Polished Metal Metallic) dan merah (Milano
Red).
Dengan harga atas jalan (termasuk insurans) iaitu RM119,000 (manual) dan RM123,000 (CVT), pastinya Honda CR-Z 2013 bakal meledak seperti pisang goreng panas!
No comments:
Post a Comment