MEWAH, selesa dan premium menerusi BMW 7 Siri membuatkan ramai yang cemburu melihat keunikan model ini.
Tiga model yang diperkenalkan itu membabitkan BMW 730i, BMW 740i dan jentera hibrid menerusi BMW ActiveHybrid 7L.
Model terbaru itu menerima sentuhan yang dipertingkatkan dengan dilengkapi kalis bunyi optimum, lampu hadapan Adaptive LED.
Ia juga dijanakan enjin petrol enam silinder sebaris sekali gus menetapkan penanda aras prestasi dan kecekapan yang terkini bagi segmen kenderaan premium.
Turut diperkenalkan ialah model revolusi Advance Hybrid menerusi BMW ActiveHybrid 7L membolehkan pengendalian elektrik sepenuhnya dan mampu mengurangkan sehingga 27 peratus bahan api.
Kuasa maksimum bagi BMW 730i ialah 258 hp, BMW 740i (320 hp) manakala BMW ActiveHybrid 7L menggunakan enjin sama 740i tetapi dipadankan motor elektrik yang memberi tambahan 55 hp.
Harga jualan:
BMW 730i - RM648,800
BMW 740i - RM818,800
BMW ActiveHybrid 7L- RM938,800.
Thursday, 28 February 2013
Friday, 22 February 2013
NAZA Euro Motors Bakal Melancarkan Citroen DS5 & DS4
NAZA Euro Motors yang telah dilantik sebagai pengedar baru bagi
Citroen untuk pasaran Malaysia bakal melancarkan dua model terbaharu iaitu
Citroen DS5 dan DS4 pada 26 Februari ini.
Sempena dengan pembukaan pusat pameran Citroen di Glenmarie, Shah Alam, kedu-dua model ini akan turut dilancarkan serentak.
![]() |
Citroen DS5 |
Citoren DS5 yang dijanakan oleh enjin 1.6 liter
Twin-Scroll Turbo High Pressure mampu menghamburkan kuasa sehingga 156hp dan
tork 240Nm.
![]() |
Citroen DS4 |
Manakala DS4 juga dipadankan dengan enjin 1.6 liter Twin-Scroll Turbo High Pressure berkeupayaan menjanakan kuasa maksimum sehingga 163hp dan tork 240Nm.
Nantikan maklumat lanjut mengenai kedua-dua model ini pada minggu hadapan.
Honda CR-Z 2013 Pasti Meledak!
Setelah memperkenalkannya di pasaran tempatan pada November 2011, semalam Honda Malaysia telah melancarkan versi terkini bagi model Honda CR-Z. Lebih menawan dan mempersonakan. Jentera hibrid sport pertama di dunia kini memiliki
penampilan luaran dan dalaman yang lebih sporty.
Menawarkan keselesaan sporty premium kepada pemandu dan penumpang, CR-Z baharu hadir dengan penampilan kemas dan ruang
kabin yang mewah. Jahitan benang berwarna merah pada tempat duduk separa kulit
yang baru, stereng dan tuil gear membuatkan CR-Z baharu semakin menarik.
![]() |
Bampar hadapan tampak lebih garang |
![]() |
Cukup sporty! |
![]() |
Meter ambien yang lebih fancy |
Semasa majlis pelancarannya di Setia Alam Convention Centre semalam |
Daripada segi luarannya pula, CR-Z Baharu diperkemaskan melalui bampar hadapan dan
belakang yang baru, sekali gus meningkatkan dan memperkemaskan lagi garisan
bayangan pecutan serta kecantikannya. Lampu depan HID yang baru dan lampu
belakang LED dengan perumah berwarna biru jernih menambah rasa eksklusif serta
penampilan bergaya kepada hibrid hot-hatch ini.
Keunikan meter ambien di dalam kenderaan hibrid Honda adalah ia akan sentiasa bertukar warna bergantung kepada gaya pemanduan. Ketika memandu dalam mod NORMAL dan ECON, meter ambien akan bertukar warna dari Biru kepada Biru-Hijau dan Hijau serta memberikan maklumbalas ketika memandu dan melatih untuk memandu dengan lebih cekap. Biru bermaksud 'pemanduan yang tidak ekonomikal', Biru-Hijau bermakna 'kecekapan bahan api sederhana', sementara Hijau adalah 'pemanduan yang menjimatkan'.
CR-Z memang terkenal dengan sistem pemanduan (Drive System) tiga mod yang versatil. Ia
membolehkan pemandu menukar mod pemanduan antara NORMAL, ECON atau SPORT bergantung kepada gaya
pemanduan dan situasi jalan raya. Tiga mod tersebut mengubah maklum balas
pendikit, stereng, pemasaan melahu berhenti, kawalan suhu dan tahap bantuan
yang disediakan oleh Sistem Hibrid IMA.
Untuk meningkatkan keterujaan memandu
sebuah jentera hibrid sport. CR-Z
baharu hadir bersama enjin 1.5L i-VTEC yang
disambung dengan motor elektrik yang lebih maju dan berkuasa. Perubahan utama
sistem IMA tersebut ialah bateri lithium-ion yang baru yang dapat menyimpan
tenaga elektrik tambahan di dalam sel-selnya yang kompak dan tahan lama. Bateri
lithium-ion yang prestasi tinggi ini mampu menawarkan kapasiti kuasa sehingga dua
kali ganda berbanding bateri sebelumnya. Dengan peningkatan kuasa tersebut, CR-Z Baharu memberikan pengalaman
pemanduan yang lebih dinamik dan bertenaga.
Bagi
meneruskan keseronokan pemanduan dan menambahkan prestasi sporty, CR-Z baharu kini dilengkapi ciri ‘Plus Sport System’ yang memberikan pecutan bertenaga. Sistem itu cukup
sempurna semasa memotong kenderaan lain. Ia juga boleh digunakan pada 3 mod
pemanduan berbeza iaitu NORMAL, ECON dan SPORT.
Dari segi standard keselamatan pula, CR-Z Baharu
dilengkapi dengan beg udara berkembar SRS di bahagian hadapan, beg udara
langsir tepi dan sisi dengan Sistem Pengesanan Posisi Penumpang (Occupant
Position Detection System, OPDS), G-Force Control Technology (G-CON), Vehicle Stability Assist (VSA), Sistem Brek Antikunci (Anti-lock Braking System, ABS), Brake Assist (BA), Electronic Brake Force Distribution
(EBD) dan Advanced Compatibility Engineering (ACE).
CR-Z Baharu boleh didapati dalam
varian transmisi manual enam kelajuan dan kotak gear Continuous Variable
Transmission (CVT) tujuh kelajuan dengan paddle shift. Ia hadir dalam
empat warna menarik – ungu (Premium Northern Lights Violet Pearl),
putih (Premium White Pearl), kelabu (Polished Metal Metallic) dan merah (Milano
Red).
Dengan harga atas jalan (termasuk insurans) iaitu RM119,000 (manual) dan RM123,000 (CVT), pastinya Honda CR-Z 2013 bakal meledak seperti pisang goreng panas!
Wednesday, 20 February 2013
Ferrari Jenama Paling Berkuasa Dalam Arena Auto Global
![]() |
Ferrari F12 Verlinetta |
Ferrari telah memecahkan rekodnya sendiri di dalam sejarah empayar yang telah wujud selama 66 tahun dengan mencatatkan kejayaan sebagai jenama paling berkuasa dalam arena auto global masa kini.
Dengan peningkatan sebanyak 4.5 peratus, rekod penjualan Ferrari telah mencatatkan sebanyak 7,318 unit di seluruh dunia. Rekod ini turut menunjukkan penjualan tertinggi adalah di USA (dengan jualan lebih 2,000 unit), diikuti dengan di China (meningkat sebanyak 4 peratus), Jerman dan Great Britain.
Selain Ferrari, jenama lain yang turut mendapat pengiktirafan sama (dalam segmentasi masing-masing) ialah Google, Coca-Cola, Hermes dan lebih 500 jenama lain yang terkenal di seluruh dunia. Pengiktirafan ini telah direkodkan oleh Brand Finance bagi tahun 2013.
Selain Ferrari, jenama lain yang turut mendapat pengiktirafan sama (dalam segmentasi masing-masing) ialah Google, Coca-Cola, Hermes dan lebih 500 jenama lain yang terkenal di seluruh dunia. Pengiktirafan ini telah direkodkan oleh Brand Finance bagi tahun 2013.
Let's Fiesta...Jalinan Usahasama Ford & Hitz.FM
Ford di
Malaysia bersama Hitz.fm menganjurkan parti istimewa “Let’s Fiesta” baru-baru
ini sebagai sebahagian daripada kempen radio “Thank Ford it’s Friday”.
Malam
yang disambut dengan alunan muzik, permainan dan aktiviti menyeronokkan ini
ialah acara sulung daripada empat acara, yang kesemuanya dijadualkan Jumaat akan
datang. Acara “Thank Ford It’s Friday – Let’s Fiesta!” yang seterusnya akan
diadakan pada 22 Februari, jam 7:30 malam di The Square at Publika, Kuala
Lumpur, membabitkan K-Town Clan dan Narmi. Mereka yang berminat boleh
mengunjungi laman Facebook Ford Fiesta untuk maklumat lanjut dan aktiviti yang
akan datang.
Acara
baru-baru ini, yang diacarakan juruhebah Hitz.fm, terbuka kepada orang ramai
dan juga ahli Kelab Peminat Fiesta yang datang beramai-ramai untuk memperagakan
kenderaan mereka dan pengubahsuaian yang dilakukan, sambil berkongsi panduan
dan petua, serta berkenalan dengan peminat Ford Fiesta lain.
Suasana ceria
menjadi lebih meriah lagi apabila DJ Skeletor – yang dipilih sebagai salah
seorang daripada 20 DJ terbaik dunia – mula memainkan adunan lagu dan remix
yang menjulang namanya.
Personaliti
radio DJ Ean dan DJ Rudy terus merancakkan lagi suasana dengan gelagat
bertenaga mereka dalam sesi permainan. Para peserta berpeluang memenangi
pelbagai hadiah daripada Ford, termasuk dua unit Samsung Galaxy Tab 2 sebagai
hadiah utama dan dua unit sistem pandu arah GPS Garmin sebagai hadiah kedua.
“Kempen ‘Thank
Ford it’s Friday’ bersama Hitz.fm ialah cara yang menarik untuk menambat
perhatian pemandu Malaysia, terutamanya golongan yang lebih muda,” kata David
Westerman, pengurus serantau, Operasi Eksport & Pertumbuhan Ford, Asia
Pasifik. “Stesen radio merupakan landasan terbaik bagi Ford Fiesta kerana ia
menarik perhatian remaja dan dewasa muda yang sentiasa mahu berinteraksi dengan
jenama dan produk yang terkini.”
Tumpuan utama
acara ialah dua unit Ford Fiesta yang diubahsuai khas, satu daripadanya
dimiliki ahli Kelab Ford Fiesta Riza Rustam. Pemuda berusia 23 tahun ini
memiliki Mavericks Intercept, yang mengkhusus dalam aksesori kereta, termasuk
pelekat hiasan.
Kenderaan
Rustam sentiasa mendapat perhatian di pelbagai acara dan kali ini tiada bezanya
– hanya 24 jam sebelum acara, Rustam memasang pelekat hijau dan biru yang
menyerlah di atas keretanya yang berwarna putih bersih, memberikan penampilan yang
benar-benar unik kepada Fiesta miliknya dan sekali gus mencerminkan daya
tarikan Fiesta sebagai kereta bergaya sport untuk kegunaan bandar yang mudah
diubahsuai.
Di acara
tersebut, Rustam menjelaskan komitmennya kepada Fiesta dan jenama Ford: “Saya
tertarik kepada Fiesta kerana ia bergaya, seronok dipandu dan mudah diubahsuai.
Jenama Ford agak sentimental bagi saya – ayah saya memandu Fiesta apabila
beliau bertemu ibu saya buat pertama kali semasa belajar di Scotland.”
Apabila
ditanya sama ada beliau akan meneruskan tradisi keluarga ini, Rustam berkata,
“Sudah tentu! Saya merancang untuk menaik taraf kepada Focus Titanium+ serba
baru kerana saya mahu mencari kenderaan lebih berkuasa yang sesuai sebagai
kereta keluarga. Saya merancang untuk memberikan Fiesta saya yang sedia ada
kepada teman wanita saya apabila membeli kereta baru nanti. Saya tak
sanggup berpisah dengan kereta ini!”
Seorang lagi
ahli Kelab Fiesta, Shazmeer Jamaludin, 28 tahun, juga berkongsi minatnya
terhadap Fiesta. “Ia amat sesuai untuk kehidupan bandar dan pengendaliannya
memang hebat – kereta ini begitu aerodinamik dan bergerak seperti peluru.
Fiesta ternyata menjimatkan minyak dan membuatkan anda rasa seperti pemandu
rali. Saya juga sukakan reka bentuk sport Fiesta. Apabila saya memandu, saya
rasa begitu bertenaga.”
“Kami seronok
kerana dapat menyertai kempen ‘Thank Ford it’s Friday’ dan acara ‘Let’s Fiesta’.
Memang selalunya acara ini dihadiri oleh ramai orang. Kami suka berkawan dengan
peminat Ford dan mereka ini lebih meminati Fiesta. Ini merupakan kereta yang
terbaik bagi golongan muda hari ini – bergaya, menyeronokkan dan mampu
dimiliki,” kata DJ Ean daripada Hitz.fm.
DJ Rudy
menambah, “Ford Fiesta ialah kereta yang amat sesuai untuk mereka yang mahu
membuat penyesuaian dan pengubahsuaian. Begitu banyak alat yang boleh didapati
dan terdapat pelbagai cara untuk menyerlahkan gaya peribadi anda.”
Kempen “Thank
Ford its Friday” meliputi hebahan mingguan menarik di radio pada hari Jumaat
tentang acara yang akan datang, kemunculan Ford Cruiser Hitz.fm di parti dan
juga acara “Let’s Fiesta”.
Trak Isuzu Terus jadi Pilihan Rakyat Malaysia
Untuk tiga tahun berturut-turut, trak-trak Isuzu nyata cukup terkenal
apabila menjadi trak muatan ringan paling laris di Malaysia.
Trak Isuzu N-Series berkongsi penghormatan ini pada tahun 2010 dan 2011
menerusi produk yang dijenamakan sebagai Hicom. Trak tersebut dibina atas
standard kualiti Jepun di kilang Isuzu-Hicom Malaysia di Pekan, Pahang.
Pada tahun 2012, trak-trak itu terus menjadi pilihan sebagai kenderaan untuk
tujuan perniagaan dengan jualan keseluruhan mencecah 5,473 unit.
Dengan reputasi penggunaan bahan api menjimatkan dan prestasi yang
dipercayai, rangkaian trak Isuzu N-Series telah menjadi pilihan pengendali
perniagaan di seluruh negara. Malah di seluruh dunia kerana ia mampu menjadi
rakan perniagaan yang sempurna.
Menghargai pencapaian signifikan yang diperoleh para pengedar tempatan
Isuzu Malaysia, Timbalan Presiden Eksekutif dan Pengarah Isuzu Motors Limited
Japan, Ryozo Tsukioka telah mengadakan lawatan sebagai tanda ucapan tahniah dan
menghadiahkan Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Kimitoshi Kurokawa sebuah
patung Daruma bagi pihak pengurusan Isuzu Jepun.
“Kami benar-benar bangga dengan pencapaian dan usaha yang dilakukan oleh
pasukan Isuzu Malaysia dan rangkaian pengedarnya. Mereka telah membina asas
yang kukuh untuk trak-trak Isuzu terus berkembang dalam keadaan yang sangat
terancang dan berterusan. Asas ini amat ideal untuk pelan pengembangan pada
masa akan datang,” kata Tsukioka.
Isuzu N-Series dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada penghujung
tahun 2010. Ia memiliki reputasi sebagai sebuah trak yang menjimatkan bahan api
dan prestasi yang sangat boleh dipercayai dalam kalangan para pengguna. Sejak
pengenalannya pada 1959, Isuzu N-Series telah dijual lebih lima juta unit
di seluruh dunia. Di pasaran Jepun, Elf (nama yang digunakan di sana) merupakan
trak paling laris untuk 12 tahun berturut-turut.
Lebih signifikan lagi, Isuzu juga merupakan jenama trak paling laris di
Jepun pada tahun 2012 untuk segmen trak muatan ringan, sederhana dan bas.
“Saya percaya bahawa kejayaan Isuzu N-Series di Malaysia adalah kerana
karekteristik trak dan nilai cemerlang yang diberikannya kepada para pelanggan
kami. Kami juga benar-benar fokus dan berusaha ke arah membina rangkaian
pengedar, selain memastikan kebolehsediaan alat ganti yang tepat pada masanya.
Faktor-faktor tambahan ini memberikan pelanggan Isuzu pengalaman pemilikan yang
sepenuhnya,” kata Kurokawa.
Friday, 8 February 2013
Honda Malaysia Sasar Jualan 64,000 Unit bagi 2013
Honda Malaysia Sdn. Bhd. telah menganjurkan majlis malam media untuk meraikan pencapaian Syarikat yang terus kukuh pada tahun 2012, selepas bangkit daripada cabaran-cabaran yang dihadapinya sebelum ini. Bertemakan 'The Future Starts Now', Honda Malaysia turut berkongsi pencapaian-pencapaiannya sepanjang tahun 2013 dan memberikan sedikit sebanyak maklumat mengenai pelan agresifnya untuk 2013.
Syarikat telah menetapkan sasaran untuk mencapai jualan sebanyak 64,000 unit kenderaan dan perkongsian pasaran sebanyak 10 peratus pada tahun 2013. Ia juga berhasrat untuk mencatat jualan sebanyak 100,000 unit menjelang tahun 2017. Peneraju segmen kereta hibrid ini juga terus mengukuhkan posisinya selaku jenama No.1 dalam aspek kualiti dan kenderaan cekap tenaga.
![]() |
Yoichiro Ueno, Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia |
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Encik Yoichiro Ueno dalam ucapannya berkata, "2013 merupakan tahun untuk kami melancarkan operasi pengukuhan dalam usaha peralihan ke arah pasaran yang semakin kompetitif. Kami kini sedang membina imej jenama yang lebih kukuh dengan agresif dan memaksimumkan segala usaha demi memperbaiki diri untuk pertumbuhan pada masa depan. Honda Malaysia juga menjajarkan fokusnya dengan strategi global Honda Motor dan mengukuhkan volum jualannya. Kami akan memperkenalkan model-model baharu yang menarik pada setiap suku tahunan, termasuklah tiga model CKD baharu."
Ketiga-tiga model baharu itu akan membolehkan Honda Malaysia meningkatkan jualannya secara drastik. Peningkatan volum jualan tersebut disokong oleh kapasiti pengeluaran di kilangnya di Melaka yang akan ditingkatkan kepada 100,000 unit setahun sebaik sahaja saluran pengeluaran No.2 disiapkan.
Honda Malaysia juga mengukuhkan rangkaian 3S miliknya, selari dengan jumlah jualan yang semakin tinggi dan peningkatan bilangan kenderaan Honda di atas jalan raya. Jumlah pengedaran dijangka akan ditambahkan kepada 90 buah dalam tempoh tiga tahun di seluruh negara, berbanding dari 61 premis pada masa sekarang.
Rasionalisasi pengedaran juga akan dilaksanakan demi meningkatkan kemudahan, akses dan faciliti kepada para pengguna. Honda Malaysia melengkapkan usaha-usaha ini dengan pembangunan tenaga kerjanya menerusi peningkatan latihan kakitangan demi memberikan perkhidmatan yang lebih baik.
Syarikat tersebut juga mengadaptasi strategi 'Selepas Jualan' yang komprehensif untuk meningkatkan imej jenamanya dan keyakinan pelanggan. Menambah baik perkhidmatan dan kepuasan pelanggan adalah fokus utama. Diikuti oleh penyediaan perkhidmatan-perkhidmatan berkaitan seperti ketuk badan dan cat kereta selain menguatkan asas perniagaan menerusi aspek automasi.
Secara keseluruhannya, Honda Malaysia berusaha ke arah menjadikan jenama Honda sinonim dengan produk-produk berkualiti tinggi dan perkhidmatan yang mengagumkan.
Syarikat tersebut mengotakan janjinya pada permulaan tahun 2012 untuk bangkit dengan lebih kukuh. Di sebalik, cabaran-cabaran yang terpaksa dihadapinya, Honda Malaysia telah menjual 34,947 unit kenderaan. Ia menjual lebih daripada 24,000 unit pada bulan Julai hingga Disember 2012, dan mencapai sebanyak 7.7 peratus kuasaan pasaran pada separuh tahun kedua lalu. Angka ini melebihi rekod jualan pada tahun 2010. Berikutan pencapaian rekod terbaik dengan jualan sebanyak 5,045 unit pada Julai 2012, Honda Malaysia kini semakin kukuh dan menutup tahun tersebut dengan jualan bulanan hampir 4,800 unit pada Disember 2012 yang merupakan ketiga paling tinggi dalam rekod selama ini.
Menerusi tawaran rangkaian model hibrid paling luas di Malaysia, Honda terus menerajui segmen hibrid apabila terdapat hampir 14,000 unit kenderaan hibrid Honda berada di atas jalan raya di Malaysia. Mengukuhkan posisinya sebagai perintis dan peneraju pasaran dalam segmen hibrid, Honda Malaysia menjadi pengeluar kenderaan pertama di Malaysia yang memasang model-model hibrid secara CKD pada November 2012. Model hibrid pertama yang dihasilkan di kilangnya di Melaka iaitu Jazz Hybrid CKD menambah satu lagi pilihan kenderaan yang cekap tenaga bersama ciri-ciri kompetitif pada harga berpatutan kepada pasaran. Syarikat kini benar-benar komited untuk menyokong kerajaan Malaysia dalam aspek teknologi-teknologi hijau dengan terus menawarkan lebih banyak kenderaan cekap tenaga ke pasaran Malaysia.
Melihat kepada pencapaian di sebalik keadaan mencabar yang terpaksa ditempuhinya pada tahun 2012, penanda aras untuk Honda Malaysia adalah lebih tinggi bagi tahun 2013. Syarikat menjangka untuk mengatasi prestasi sasaran jualan dan anugerah-anugerah yang diterima pada tahun lepas: dua anugerah Car of The Year Awards dan Best Hybrid Car Award yang dikalungkan kepada CR-Z, anugerah Best Sub-compact Passenger Car Award yang dimenangi oleh City, kedudukan No. 1 dalam Kaji Selidik Kualiti Awal (IQS) oleh pihak JD Power untuk komitmen ke arah memastikan kepuasan pelanggan yang dicapai oleh model Honda City dan Civic, dan anugerah model berkualiti tertinggi dalam skor keseluruhan yang dirangkul oleh Civic.
![]() |
Barisan pengurusan tertinggi Honda Malaysia |
Honda City juga menggunguli rating keselamatan dalam ujian pelanggaran Program Penilaian Kereta Baharu ASEAN (ASEAN New Car Assessment Programme, ASEAN NCAP) baru-baru ini. Kereta sedan keluarga pilihan itu diberi penarafan lima bintang dalam aspek Perlindungan Penumpang Dewasa. Pencapaian sebanyak 81 peratus dalam aspek Perlindungan Penumpang Kanak-kanak dalam kalangan lapan kenderaan lain yang menjalani ujian sama.
Mengulas mengenai pelan Honda bagi tahun 2013, Ueno berkata, "Hala tuju kami untuk tahun 2013 akan menyumbang kepada visi Honda Malaysia 2020 di mana posisi peneraju teknologi mesra alam kami adalah kukuh dan tidak dapat disangkal. Kami juga membayangkan untuk mengimplementasikan teknologi hijau di Malaysia memandangkan penerimaannya akan bertambah baik. Honda Malaysia turut berhasrat menjadikan kos lebih kompetitif demi menawarkan produk dengan nilai jenama yang tinggi pada harga berpatutan."
Honda Malaysia mengulangi komitmen terhadap perniagaannya di Malaysia menerusi pengenalan produk-produk yang inovatif dan menginovasi cara Honda beroperasi. Menurut Ueno, "Berbekalkan inovasi dan komitmen yang lebih kukuh, kami melihatkan 2013 sebagai mercu tanda penting. Kami akan terus berusaha untuk menjadi syarikat yang masyarakat mahu ia wujud dengan menawarkan produk-produk dan perkhidmatan berkualiti paling tinggi kepada pelanggan-pelanggan kami."
Ford Fiesta Peroleh Markah Tertinggi Dalam ASEAN NCAP
Ford Fiesta 1.6L telah menerima pengiktirafan 5 bintang untuk kategori Perlindungan Penumpang Dewasa dan 66% markah bagi Perlindungan Penumpang Kanak-kanak dalam ujian pelanggaran oleh ASEAN NCAP baru-baru ini.
Dengan struktur kerangka yang mengikut standard antarabangsa, Ford Fiesta 1.6 ini telah menggunakan besi yang bergred terbaik bagi memberikan jaminan keselamatan yang lebih jitu.Malah kerangkanya juga telah direka bentuk dengan penuh terperinci dan berkualiti tinggi bagi tujuan perlindungan kepada pemandu dan penumpang.
Stereng berkuasa E-PAS turut memberikan keselesaan kepada pemandu untuk mengendalikan kenderaan terutamanya jika melalui jalan yang berliku dan berselekoh tajam.Selain daripada itu, model ini turut dilengkapi dengan beg udara yang mampu melindungi pemandu dan penumpang jika terbabit dengan kemalangan.
Dengan struktur kerangka yang mengikut standard antarabangsa, Ford Fiesta 1.6 ini telah menggunakan besi yang bergred terbaik bagi memberikan jaminan keselamatan yang lebih jitu.Malah kerangkanya juga telah direka bentuk dengan penuh terperinci dan berkualiti tinggi bagi tujuan perlindungan kepada pemandu dan penumpang.
Stereng berkuasa E-PAS turut memberikan keselesaan kepada pemandu untuk mengendalikan kenderaan terutamanya jika melalui jalan yang berliku dan berselekoh tajam.Selain daripada itu, model ini turut dilengkapi dengan beg udara yang mampu melindungi pemandu dan penumpang jika terbabit dengan kemalangan.
Suzuka Diperkenalkan Dalam kalendar ARRC 2013
Berita baik menemui para
peminat sukan permotoran apabila penganjur Kejuaraan Motosikal Asia
PETRONAS (ARRC) mengumumkan venue berprestij, Litar Antarabangsa
Suzuka akan diperkenalkan dalam kalendar perlumbaan 2013, sekaligus
menjadi litar Jepun kedua memainkan peranan selaku hos ARRC selain Litar
Autopolis yang terletak di Wilayah Oita.
Bermula di Litar Sepang
(18-21 April) diikuti Litar Sentul di Indonesia (16-19 Mei) dan Litar
Antarabangsa Madras di India (11-14 Julai), Litar Suzuka bakal menjadi venue
Pusingan 4 dari 29 Ogos hingga 1 September sebelum beralih ke Litar Autopolis
pada minggu berikutnya (4-8 September).
Sementara itu, Litar
Antarabangsa Losail, Qatar kekal sebagai tuan rumah saingan penutup musim
(20-23 November).
“Kami cukup berbangga kerana
Litar Suzuka turut berada dalam kalendar ARRC pada tahun ini. Litar ini
merupakan antara litar terbaik di dunia, dan begitu mencabar untuk perlumbaan
motosikal. Sesuatu yang sangat menarik apabila dapat melihat saingan
SuperSports 600cc, Underbone 115cc dan Piala Impian Asia dapat dilangsungkan di
sini,” kata Ron Hogg, Pengarah Promosi Two Wheels Motor Racing, promoter acara
ARRC.
“Kami percaya semua
pasukan dan pelumba cukup teruja dapat beraksi di Suzuka. Sama seperti di
Autopolis, suasana di sini cukup meriah dan begitu ramai peminat. Ini adalah
peluang promosi yang cukup baik bagi Kejuaraan dan rakan-rakan penaja dengan
kehadiran pelumba-pelumba hebat di padok ARRC.”
“Tambah menarik, dua
perlumbaan berturut-turut dalam tempoh dua minggu dari Litar Suzuka ke
Autopolis juga merupakan pengalaman baru buat semua pasukan dan
pelumba-pelumba. Selain Suzuka, tahun ini kontinjen ARRC turut berpeluang untuk
berlumba di Litar Madras sekali lagi yang baru sahaja dinaik-taraf,” tambah
Ron.
Terletak di dalam Wilayah
Mie, Litar Suzuka kaya dengan sejarah sebagai pusat sukan permotoran Jepun.
Berkeluasan 5,821 meter panjang, litar ini memainkan peranan sebagai tuan rumah
kepada banyak acara berprestij seperti FIM Suzuka 8-Hour Endurance Road
Race dan beberapa acara perlumbaan empat roda termasuk Formula Satu.
Kalendar ARRC 2013
Ujian
rasmi 21 & 22 Februari
Pusingan 1
Litar Antarabangsa Sepang, Malaysia 18-21
April
Pusingan 2
Litar Antarabangsa Sentul, Indonesia
16-19 Mei
Pusingan 3
Madras Motor Race Track, India
11-14 Julai
Pusingan 4
Litar Antarabangsa Suzuka, Jepun
31 Ogos - 1 September
Pusingan 5
Litar Antarabangsa Autopolis, Jepun
4-8 September 2013
Pusingan 6
Litar Antarabangsa Losail, Qatar
20-23 November 2013
Wednesday, 6 February 2013
Honda City Terima Pengiktirafan ASEAN NCAP
Honda City telah menerima pengiktirafan 5 bintang daripada ASEAN NCAP bagi Perlindungan Penumpang Dewasa dan juga rating tertinggi untuk Pelindungan Penumpang Kanak-kanak.
Bersaing dengan 8 model kereta yang sama segmentasi dengannya, Honda City telah diberikan pengiktirafan ini setelah menjalani ujian pelanggaran dengan kelajuan 64 kilometer sejam di Akademi JPJ Melaka oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS).
Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Yoichiro Ueno berkata, "Kami sangat berbesar hati menerima pengiktirafan ini. Ujian pelanggaran yang dilakukan oleh ASEAN NCAP ini membuktikan bahawa Honda City selamat digunakan. Tahap keselamatan merupakan keutamaan dan komitmen bagi Honda. Malah Honda juga sangat komited dalam penyelidikan dan pembangunan untuk menghasilkan teknologi terkini yang boleh diguna pakai bagi memberikan penambah baikan daripada segi aspek keselamatan pemandu dan penumpang."
Vespa LX150 Edisi Apple
JENAMA Vespa sudah tidak asing lagi dan ia menjadi sebati dengan jiwa masyarakat tempatan.
Sejak dari dulu lagi, jentera dua roda itu menjadi pengangkutan utama yang boleh dilihat menerusi kaca televisyen dalam tayangan cerita-cerita lama.
Malah, ia menjadi ikon yang cukup menarik sehingga ada segelintir masyarakat tempatan sanggup membelanja lebih untuk memiliki model berkenaan tidak kira yang baru atau lama.
Menerusi pengedar tunggal Vespa negara ini, Naza Premira Sdn Bhd memperkenalkan Vespa LX150 edisi Apple yang hanya mempunyai 168 unit sahaja.
Ia boleh dikategorikan sebagai barangan koleksi bagi mereka yang meminati model Vespa.
Jentera dua roda itu diselaputi warna putih selain didatangkan pelekat Apple pada bahagian kerangkanya.
Motosikal yang diimport dari Vietnam itu didatangkan dengan tempat duduknya warna putih.
Edisi terhad itu dijual pada RM11,388 dan menjadi barangan koleksi peribadi yang menarik.
Ini ada gambar untuk Vespa edisi terhad itu.
Sejak dari dulu lagi, jentera dua roda itu menjadi pengangkutan utama yang boleh dilihat menerusi kaca televisyen dalam tayangan cerita-cerita lama.
Malah, ia menjadi ikon yang cukup menarik sehingga ada segelintir masyarakat tempatan sanggup membelanja lebih untuk memiliki model berkenaan tidak kira yang baru atau lama.
Menerusi pengedar tunggal Vespa negara ini, Naza Premira Sdn Bhd memperkenalkan Vespa LX150 edisi Apple yang hanya mempunyai 168 unit sahaja.
Ia boleh dikategorikan sebagai barangan koleksi bagi mereka yang meminati model Vespa.
Jentera dua roda itu diselaputi warna putih selain didatangkan pelekat Apple pada bahagian kerangkanya.
Motosikal yang diimport dari Vietnam itu didatangkan dengan tempat duduknya warna putih.
Edisi terhad itu dijual pada RM11,388 dan menjadi barangan koleksi peribadi yang menarik.
Ini ada gambar untuk Vespa edisi terhad itu.
Tuesday, 5 February 2013
Maserati GranTurismo Sport Kini Di Malaysia
Kelajuan maksimum yang mampu direkodkan ialah 298 kilometer sejam (km/j) dengan catatan daripada titik pegun sehingga 100 km/j hanya dalam tempoh 4.8 saat!
Itulah kelebihan yang ada pada supercar berharga RM1.118 juta ini. Maserati GranTurismo Sport telah dilancarkan bagi pasaran Malaysia semalam di bilik pameran Naza Italia Sdn.Bhd, Petaling Jaya.
Dengan enjin 4.7 liter V8, model ini mampu menghamburkan kuasa sehingga 460hp dengan tork maksimum 520Nm. Ia juga dipadankan dengan transmisi automatik enam kelajuan (MC Auto Shift) dan Electro-Actuated enam kelajuan (MC Shift).
Model ini turut didatangkan dengan Sport Skyhook iaitu sistem aktif redaman generasi baru untuk mendapatkan kuasa pemberhentian secara maksimum.
Maserati GranTurismo Sport ini telah meneruskan kegemilangan tradisi GranTurismo iaitu salah satu model kenderaan yang meraih kejayaan di dalam sejarah Maserati sendiri.
Itulah kelebihan yang ada pada supercar berharga RM1.118 juta ini. Maserati GranTurismo Sport telah dilancarkan bagi pasaran Malaysia semalam di bilik pameran Naza Italia Sdn.Bhd, Petaling Jaya.
Semasa majlis pelancarannya di Naza Italia Sdn.Bhd |
Dengan enjin 4.7 liter V8, model ini mampu menghamburkan kuasa sehingga 460hp dengan tork maksimum 520Nm. Ia juga dipadankan dengan transmisi automatik enam kelajuan (MC Auto Shift) dan Electro-Actuated enam kelajuan (MC Shift).
Model ini turut didatangkan dengan Sport Skyhook iaitu sistem aktif redaman generasi baru untuk mendapatkan kuasa pemberhentian secara maksimum.
Maserati GranTurismo Sport ini telah meneruskan kegemilangan tradisi GranTurismo iaitu salah satu model kenderaan yang meraih kejayaan di dalam sejarah Maserati sendiri.
Friday, 1 February 2013
Proton Saga FLX Dianugerahkan 3 Bintang Dari ASEAN NCAP
Proton Saga FLX telah dianugerahkan tiga bintang dalam ASEAN NCAP (New Car Assessment Programme) baru-baru ini.
Ia merupakan ujian perlanggaran pertama ASEAN NCAP yang diadakan di makmal ujian kemalangan PC3, Akademi JPJ Melaka oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS).
Menurut Pengerusi Eksekutif PROTON Holding Berhad, Dato' Sri Haji Mohd Khamil Jamil, pengiktirafan yang diterima ini membuktikan bahawa pesepsi terhadap jenama Proton telah jauh berubah, iaitu mampu menghasilkan kereta yang berkualiti dan berbaloi untuk dimiliki.
Malah dengan pengiktirafan daripada ASEAN NCAP ini, ia turut melambangkan komitmen jitu bagi Proton dalam menghasilkan Proton Saga FLX sebagai kereta yang selamat dipandu.
Subscribe to:
Posts (Atom)