Saturday, 30 March 2013

VW Golf MK7 Diiktiraf Sebagai 'Kereta Terbaik Dunia 2013'



Sejak pelancarannya pada November tahun lalu, generasi ketujuh Volkswagen (VW) Golf atau lebih dikenali sebagai VW Golf MK7 ini telah menerima 17 buah anugerah dan pengiktirafan.

Terbaru, Golf MK7 ini telah dinobatkan sebagai 'Kereta Terbaik Dunia 2013' yang diumumkan di New York International Auto Show pada 28 Mac lalu. Ia telah diadili oleh 66 orang wartawan permotoran terpilih dari 23 buah negara di seluruh dunia.

Syabas buat VW!



Friday, 29 March 2013

Peugeot 208 Akan Dilancarkan Pertengahan April Ini

Nasim Sdn Bhd,pengedar Peugeot di Malaysia bakal melancarkan Peugeot 208 pada pertengahan April ini. Kereta ini dijanakan dengan enjin 1.6VTi berkuasa 122ps dan tork maksima 160Nm. 







Akan Datang...2013 Kia K9!



Pasti ramai yang tidak sabar menantikan kedatangan Kia K9 ke Malaysia bukan?

Saksikan video rasmi model ini yang memiliki paras rupa yang menawan.





Wednesday, 27 March 2013

Motosikal berkuasa tinggi, BMW HP4 dilancarkan di Malaysia.

BMW HP (High Performance) menawarkan pengendalian yang lincah, output kuasa dipertingkatkan dan tunggangan dinamik.

Jentera itu menandakan kesinambungan siri model BMW Motorrad High Performance yang bermula 2005.

Selepas pengenalan model enjin boxer pada HP2 Enduro, HP2 Megamoto dan HP2 Sport, HP4 adalah jentera empat silinder yang pertama High Performance menggunakan bahan bermutu tinggi dan teknologi termaju.

Dilengkapi dengan enjin empat silinder sebaris S1000RR yang menghasilkan 193 kuasa kuda (HP) selain hanya mengambil 2.9 saat untuk memecut 0-100 km/j.

Ia juga dilengkapi empat mod iaitu Hujan, Sport, Lumba dan Licin untuk memberi perbezaan ketika menunggang.

Ciri Dynamic Damping Control (DDC) adalah yang pertama digunakan dalam teknologi motosikal untuk meningkatkan lagi teknologi suspensi.

BMW HP4 ditawarkan dengan dua varian dan dijual RM144,444 dan RM158,888.

















Tuesday, 26 March 2013

Toyota Vios Baru Tiba Di Thailand

KENDERAAN segmen B menerusi model Toyota Vios kembali dengan wajah lebih segar dari segi reka bentuk luaran dan dalaman.

Sekali imbas, bentuk Toyota Vios generasi keempat itu menerapkan rekaan sedikit tajam dengan jelas kelihatan pada garisan pada badan.

Jeriji hadapannya juga kelihatan bersambung dengan perumah lampu utama selain lubang anginnya kelihatan sedikit unik iaitu seperti 'V' terbalik.

Bagaimanapun, ia masih menggunakan enjin 1.5 liter dengan menyalurkan 109 PS dan 141 Nm (tork).

Panjang Toyota Vios itu (4.410 meter); lebar (1.7 meter); tinggi (1.475 meter).

Ruangan dalaman juga turut menerima pembaharuan apabila panel meter tidak berada di tengah seperti model terdahulu.

Papan pemuka kelihatan menarik dengan susunan butang audio dan penyaman udara tampak kemas serta teratur.

Berharap jentera itu tiba lebih cepat ke negara ini untuk memenuhi permintaan kenderaan segmen B.





Video Rasmi Toyota Vios Sempena Bangkok International Motor Show 2013


Friday, 22 March 2013

Volkswagen Golf GTI 2013



Selepas pelancaran Volkswagen (VW) Golf generasi ke-7 atau lebih dikenali sebagai VW Golf MK7 ke pasaran Malaysia pada 12 Mac lalu, pasti ramai yang tertanya-tanya bilakah versi GTI bakal dibawa ke mari.

Apatah lagi selepas menonton kehebatan jentera ini melalui Youtube, admin sendiri  tidak sabar untuk memandu ujinya.