KALAU dihitung, sudah enam tahun MPV Nissan Grand Livina ini berada di Malaysia dan kini, ia kembali dengan wajah baru yang lebih menarik.
Boleh dikatakan, model ini menerima pembaharuan berhubung rekaan luaran dan dalaman sahaja sekali gus menggembalikan era kegemilangan mpv itu beberapa tahun lalu.
Pembaharuan bahagian hadapan dilalukan pada jeriji dan bampar serta lampu yang lebih menarik.
Belakang pula menerima sentuhan pada lampu belakang dengan rekaan mendatar, sekali tengok seolah-olah Volkswagen Sharan.
Ruang dalamannya memang 'superb' kerana ia mempunyai tujuh tempat duduk dan harganya pula kurang daripada RM100,000.
Apa yang baru ruang kabin ini adalah stereng dilengkapi butang audio dan panel meter kelajuan rekaan futuristik.
Yang paling bagus sekali, ia menjadi MPV jenama Nissan yang menggunakan kunci pintar (i-key) di mana pemandu tidak perlu tekan butang 'remote' untuk membuka pintu.
Malah, ia juga dilengkapi butang penghidup enjin, tetapi ciri-ciri i-key ini hanya ada pada varian 1.8 liter.
Bagaimanapun, struktur panjang dan lebar masih sama dengan varian terdahulu. Enjin dan sistem suspensi turut berkongsi dengan model terdahulu.